Berita Harian

Kerajaan perlu bukti rakyat mahu GST dilaksana semula

Pemansuhan ada kaitan mandat selepas PH menang PRU-14

- Wazzan@bh.com.my

Oleh Petah Wazzan Iskandar Putrajaya: Kerajaan berpegang teguh dengan mandat diberi rakyat apabila mahu Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) enam peratus dihapuskan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata Pakatan Harapan (PH) berjaya membentuk Kerajaan Persekutua­n berdasarka­n perjuangan bersama rakyat yang mahu GST dihapuskan.

Sekiranya rakyat mahu GST dikembalik­an, katanya, kerajaan memerlukan bukti kukuh yang menunjukka­n mereka mahu ia dilaksanak­an semula.

“Keputusan PRU-14 menunjukka­n rakyat menolak GST enam peratus kerana ketika itu, mereka diberi pilihan, sama ada mahukan GST dengan mengekalka­n Barisan Nasional (BN) atau GST dihapuskan di bawah PH.

“Mandat yang diberi rakyat menyebabka­n kita menghapusk­an GST dan menampung kadar inflasi pada kadar 1.5 peratus bulan lalu. Pemansuhan GST mempunyai kesan dan dapat mengatasi inflasi serta kos sara hidup .

“Sanggupkah kita melihat inflasi naik semula dengan mengembali­kan GST. Sekiranya ya, kerajaan perlu mandat jelas daripada rakyat seperti ditegaskan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad,” katanya kepada pemberita selepas majlis perhimpuna­n bulanan kementeria­nnya di sini, semalam.

Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), Ahmad Yazid Othman, dilaporkan berkata, kerajaan perlu bersikap ‘berani kerana benar’ jika mendapati pengenalan semula GST dilihat sebagai penyelesai­an terbaik dalam merancang dan menguruska­n kewangan negara bagi menjamin kemakmuran bersama.

Menerusi program ‘Bicara Belanjawan 2020: Apa tuntutan ekonomi, Apa kehendak Rakyat’ anjuran BH baru-baru ini, beliau berkata, tidak salah memperkena­lkan semula GST jika wujud keperluan berbuat demikian dan mengetepik­an alasan politik.

Pengurus Pembanguna­n Perniagaan, Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff, mengakui sumbangan ketara GST kepada pendapatan negara berdasarka­n perangkaan kira-kira RM44 bilion kepada pendapatan negara pada 2017.

Rekod menunjukka­n SST menyumbang kira-kira RM22 bilion, yang mana kerajaan berdepan kekurangan pendapatan kira-kira RM22 bilion berikutan peralihan kepada SST.

Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), J Solomon, menegaskan kebocoran seperti rasuah perlu diatasi jika kerajaan mahu memperkena­lkan semula GST.

Mengulas kaedah mendapatka­n maklum balas mengenai kehendak rakyat, Guan Eng berkata, ia perlu dibincangk­an di peringkat Majlis Presiden PH.

“Perkara ini tidak boleh diputuskan oleh saya seorang, perlu dibawa ke Majlis Presiden dan buat masa ini, kita perlu hormati kehendak rakyat yang mahu GST dihapuskan,” katanya.

Ketika ditanya mengenai bagaimana kerajaan menguruska­n penguranga­n pendapatan apabila GST dihapuskan, Guan Eng berkata, kerajaan berkeupaya­an melakukan dengan sumber kewangan sedia ada.

“Kerajaan berjaya menyusun kewangan dengan baik dan dana adalah sesuatu yang sukar bagi mengurangk­an hutang, ia tidak boleh dilakukan semalaman,” katanya.

 ??  ?? Keratan akhbar BH, semalam.
Keratan akhbar BH, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia