Berita Harian

Kaedah sedia ada lebih kukuh

Pakar Perlembaga­an berbeza pendapat terhadap cadangan ERC

- Nazura_ngah@bh.com.my

Oleh Nazura Ngah Kuala Lumpur: Pakar Perlembaga­an berbeza pandangan terhadap syor Jawatankua­sa Pembaikan Sistem dan Undang-undang Pilihan Raya (ERC) supaya kawasan Parlimen menggunaka­n sistem proportion­al representa­tive (perwakilan berkadar).

Ada yang berpandang­an sistem sedia ada, first past the post lebih kukuh dalam membentuk kerajaan yang bertanggun­gjawab dan responsif, manakala ada yang melihat sistem perwakilan berkadar sebagai sistem yang semakin popular di dunia dan seharusnya dicuba.

Pensyarah Undang-undang Perlembaga­an, Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM), Prof Madya Dr Shamrahayu A Aziz, berkata beliau lebih cenderung untuk sistem first past the post dikekalkan berdasarka­n tiga faktor, iaitu pengundi mengetahui calon perwakilan, ada ruang akauntabil­iti calon dan bilangan parti politik yang banyak.

Beliau berkata, menerusi sistem sedia ada itu, kerajaan yang mempunyai majoriti di kawasan Parlimen memudahkan dasar dilaksanak­an dan undang-undang digubal tanpa pembabitan parti lain.

Katanya, menerusi sistem first past the post, pengundi memilih calon dan calon yang mendapat majoriti undi dikira menang, manakala sistem perwakilan berkadar pula pengundi memilih parti.

“Parti kecil mungkin mendapat undi dalam sistem perwakilan berkadar, tetapi mungkin diwujudkan syarat minimum undi untuk mendapatka­n kerusi di Parlimen. Oleh itu, belum tentu parti kecil akan mendapat kerusi Parlimen.

“Dalam sistem first past the post, pengundi menentukan wakil dan kerusi dalam Parlimen diketahui oleh pengundi. Dalam perwakilan berkadar, kerusi Parlimen ditentukan mengikut jumlah undi kepada parti. Pengundi tidak tahu atau tidak boleh menentukan siapa yang menjadi wakil mereka di Parlimen. Ia akan ditentukan oleh parti.

“Sistem first past the post menyaksika­n kawasan lebih sempit dengan satu wakil sahaja, manakala sebaliknya bagi sistem perwakilan berkadar dengan kawasan diwakili mungkin lebih daripada satu,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Shamrahayu berkata, dalam sistem first past the post juga, jumlah kerusi yang ditetapkan kepada parti politik mungkin tidak sama dengan undi yang mereka dapat.

Beliau berkata, wujud akauntabil­iti calon dalam sistem sedia ada, berbanding sistem perwakilan berkadar apabila ia tidak dapat ditentukan kerana pengundi memilih parti, bukan calon.

Katanya, sistem perwakilan berkadar menyaksika­n parti yang kecil mendapat peluang untuk dipilih menjadi perwakilan dalam Parlimen.

Sementara itu, pakar perlembaga­an yang juga Ahli Majlis Profesor Negara, Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood, berkata sistem perwakilan berkadar mempunyai kebaikan dan keburukan walaupun secara global banyak negara di dunia menggunaka­nnya termasuk

ASEAN.

Menyifatka­n sistem perwakilan berkadar semakin popular dan seharusnya dicuba, beliau berkata, sistem itu menyerlahk­an keadilan kepada rakyat majoriti dan minoriti kerana kedua-dua golongan ini ada wakil dalam Parlimen.

Katanya, ia amat penting kerana sistem first past the post mementingk­an siapa menang atau kalah walaupun wakil rakyat itu mendapat sokongan yang marginal dan ramai pengundi dalam sesuatu kawasan tidak menyokongn­ya.

“Namun, sistem perwakilan berkadar mewujudkan kecenderun­gan wakil rakyat mementingk­an faedah dan memajukan kawasan yang ada penyokong ramai, sekali gus mengetepik­an kawasan yang tidak ramai penyokong.

“Sistem perwakilan berkadar juga mewujudkan gerakan ekstremism­e yang mementingk­an sesuatu ideologi dan mengetepik­an gerakan yang lebih universal dan menyeluruh,” katanya. negara-negara

 ??  ?? Shamrahayu Ab Aziz
Shamrahayu Ab Aziz

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia