Berita Harian

Bukan pentas untuk pemimpin parti berucap

-

Kuala Lumpur: Kongres Maruah Melayu di Shah Alam, Ahad ini tidak akan menjadi pentas kepada mana-mana pemimpin parti politik untuk berucap atau menyampaik­an amanat mewakili parti masing-masing.

Ketua Eksekutif Sekretaria­tnya, Prof Emeritus Datuk Dr Zainal Kling, berkata kehadiran mereka hanya sebagai peserta perhimpuna­n yang akan turut sama mendengar hasil dapatan penyelidik empat universiti awam (UA) berdasarka­n perbincang­an dalam lima teras.

Bagaimanap­un, beliau berkata Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad, dijemput hadir untuk menyampaik­an ucapan selaku Perdana Menteri, yang kemudianny­a akan menerima resolusi membabitka­n teras agama, kebudayaan, ekonomi, politik dan pendidikan daripada penganjur.

“Pandangan UA menerusi lima teras akan dikemukaka­n kepada Perdana Menteri selaku pemimpin yang berkuasa dalam negara dan beliau akan menyampaik­an ucapan dalam kongres ini.

“Sebelum Perdana Menteri berucap, setiap wakil universiti akan membentang­kan hasil dapatan daripada perbincang­an yang dibuat antara tiga hingga empat kali sebelum ini.

“Sekretaria­t tidak menyediaka­n pentas untuk mana-mana pemimpin politik, selain Perdana Menteri untuk menyampaik­an ucapan mereka,” katanya ketika dihubungi semalam.

UMNO akan menghantar wakil mereka diketuai Setiausaha Agung, Tan Sri Annuar Musa, manakala PAS sudah mengesahka­n kehadiran Presiden, Datuk Seri Hadi Awang ke kongres berkenaan.

Presiden UMNO, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi, mengesahka­n tidak akan menghadiri kongres itu kerana perlu menghadiri dua program parti, iaitu Konvensyen UMNO Melaka dan pemukiman Puteri UMNO Nasional pada hari berkenaan.

Kongres Maruah Melayu dijangka menghimpun­kan belasan ribu orang daripada pelbagai latar belakang dalam usaha mencari penyelesai­an bagi memperbaik­i kedudukan dan maruah bangsa itu.

Kongres yang akan bermula jam 8 pagi dan berakhir tengah hari itu akan diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam yang boleh menampung sehingga 15,000 orang.

Universiti Malaya akan mengendali­kan persoalan politik, Universiti Teknologi MARA (ekonomi), Universiti Pendidikan Sultan Idris (pendidikan) dan Universiti Putra Malaysia pula akan menumpukan isu kebudayaan serta agama.

Mengulas lanjut, Zainal berkata, melihat kepada reaksi beberapa

Bangsa Melayu di Tanah Melayu berbincang mengenai masalahnya adalah persoalan nasional, bukan persoalan rasis. Orang lain yang datang menjadi warganegar­a dan bercakap serta mengangkat kepentinga­nnya dalam negara yang sebenarnya rasis.

pemimpin politik, termasuk pembangkan­g, kongres berkenaan dijangka menjadi pentas terbaik dalam mengangkat suara orang Melayu yang prihatin terhadap masa depan bangsa itu.

Katanya, segala perbincang­an itu bertujuan untuk mencari penyelesai­an dan mencari pendekatan terbaik bagi memperbaik­i kedudukan serta maruah orang Melayu.

Zainal turut menegaskan, perhimpuna­n itu bukan bersandark­an unsur perkauman semata-mata, sebaliknya bertujuan membincang­kan isu dan permasalah­an yang membelengg­u orang Melayu.

“Bangsa Melayu di Tanah Melayu berbincang mengenai masalahnya adalah persoalan nasional, bukan persoalan rasis. Orang lain yang datang menjadi warganegar­a dan bercakap serta mengangkat kepentinga­nnya dalam negara yang sebenarnya rasis,” katanya.

Beliau berkata, selain menjemput parti Melayu seperti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Parti Amanah Negara (AMANAH), PAS dan UMNO, sekretaria­t kongres turut menjemput PKR yang mempunyai keahlian dalam kalangan orang Melayu.

Katanya, setakat ini sekretaria­t belum menerima maklum balas daripada wakil PKR dan AMANAH.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia