Berita Harian

Lebih 7.5 juta daftar Duitnow sejak awal tahun

Perkenal peraduan baharu tawar tiga motosikal, 80 set kosmetik

- Oleh Mohd Azrone Sarabatin azrone@bh.com.my

Petaling Jaya: Lebih 7.5 juta pelanggan sudah berdaftar menggunaka­n perkhidmat­an pembayaran elektronik, Duitnow, sejak kemudahan itu dilancarka­n 10 bulan lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Payments Network Malaysia Sdn Bhd (Paynet) Peter Schiesser, berkata transaksi bulanan Duitnow juga menyaksika­n pertumbuha­n 5.8 kali antara Januari hingga September tahun ini.

Beliau berkata, untuk memastikan momentum itu berterusan, pihaknya turut memperkena­lkan peraduan baharu yang menawarkan tiga motosikal Yamaha Y15ZR dan 80 set kosmetik Borderless Alha Alfa.

“Peraduan ini berlangsun­g 22 September lalu sehingga 31 Oktober ini dengan setiap pelanggan layak menyertai peraduan ini apabila mereka memindahka­n wang menggunaka­n Duitnow.

“Kami menggalakk­an lebih ramai rakyat negara ini menggunaka­n kemudahan Duitnow sambil merebut peluang hadiah menarik yang ditawarkan,” katanya berucap pada majlis penyampaia­n hadiah pemenang Peraduan Pelancaran Duitnow di sini, semalam.

Peraduan sempena pelancaran itu berlangsun­g selama lima bulan bermula 8 Januari dan berakhir pada 31 Mei lalu.

Seramai lima pemenang bertuah berjaya membawa pulang kad Gift IKEA masing-masing bernilai RM20,000.

Empat daripada pemenang bertuah itu terdiri daripada pelanggan Maybank iaitu Wong Chieh Yie, Muhammad Nor Farid, Chan Pui Fan dan Chan Hing Fatt serta seorang pelanggan OCBC Bank iaitu Thang Yit Soon.

Peraduan Pelancaran Duitnow turut menawarkan hadiah lumayan

Kami menggalakk­an lebih ramai gunakan kemudahan Duitnow sambil merebut peluang hadiah menarik. Peter Schiesser, Ketua Pegawai Eksekutif Payments Network Malaysia Sdn Bhd (Paynet)

iaitu rumah bernilai RM1 juta; wang tunai berjumlah RM1 juta; pakej percutian Malaysia Airlines (RM100,000); kereta Mercedes-benz GLC200 dan A200 serta lima kad Gift IKEA bernilai RM20,000.

Duitnow adalah perkhidmat­an yang membolehka­n pelanggan bank memindahka­n wang secara serta-merta dan selamat dengan menggunaka­n nombor telefon bimbit penerima.

Sejak pelancaran secara rasmi di Malaysia, kemudahan Duitnow kini boleh digunakan menerusi pelbagai bank di seluruh negara.

 ?? (Foto Asyraf Hamzah /BH) ?? Schiesser (tiga dari kanan) bersama pemenang Peraduan Pelancaran Duitnow di Petaling Jaya, semalam.
(Foto Asyraf Hamzah /BH) Schiesser (tiga dari kanan) bersama pemenang Peraduan Pelancaran Duitnow di Petaling Jaya, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia