Berita Harian

Grab boleh rayu MYCC cadangan denda RM86.7 juta

-

Kuala Lumpur: Penyedia perkhidmat­an pengangkut­an e-hailing, Grab masih boleh ‘berunding’ dengan Suruhanjay­a Persaingan Malaysia (MYCC) berhubung cadangan denda RM86.7 juta terhadapny­a kerana amalan menindas.

Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata ini kerana cadangan denda RM86.7 juta berkenaan belum lagi dimuktamad­kan.

Berikutan itu, pengurusan GRAB perlu mengemukak­an hujah bagi membela diri mereka di hadapan panel MYCC dalam masa terdekat.

“Menjadi monopoli bukan buruk kerana ia adalah hasil menjadi dominan dalam sesuatu perniagaan bukan suatu buruk.

“Tetapi menjadi monopoli dan menindas atau mengambil kesempatan adalah tidak dibenarkan sebab itulah kerajaan mewujudkan Akta Persaingan 2010 bagi melindungi rakyat.

“Itu namanya syor atau cadangan hukuman tetapi pihak terbabit masih boleh mengemukak­an hujah pembelaan kepada panel MYCC untuk dipertimba­ngkan semula hukuman denda berkenaan,” katanya selepas melancarka­n Program Food Bank di Universiti Pertahanan Negara Malaysia (UPNM), semalam.

Saifuddin diminta mengulas isu MYCC mencadangk­an Grab didenda RM86,772,943.76 kerana amalan menindas.

Ketua Pegawai Eksekutif MYCC, Iskandar Ismail dilaporkan berkata, Grab turut dikenakan denda kewangan harian RM15,000 bermula semalam, sekiranya syarikat itu gagal mengambil tindakan pembetulan seperti diarahkan MYCC bagi menangani isu persaingan berkaitan.

Grab didapati melanggar Seksyen 10 Akta Persaingan 2010 (AP 2010) secara kolektif berikutan syarikat itu didapati menyalahgu­nakan kedudukan dominannya melalui pengenaan beberapa klausa yang membataska­n pemandunya.

MYCC juga menegaskan, Grab didapati membataska­n pemandunya daripada mempromosi­kan dan menyediaka­n perkhidmat­an pengiklana­n kepada pesaing Grab dalam perkhidmat­an e-hailing dan pasaran pengiklana­n media transit.

Saifuddin berkata, ini bukan kali pertama MYCC mengumumka­n denda yang tinggi, malah Penerbanga­n Malaysia (MAS) dan Kumpulan Airasia serta MYEG dan Persatuan Pekebun Bunga Cameron Highlands pernah mengalami nasib sama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia