Berita Harian

Ahli perniagaan tak mengaku tipu RM650,000

Tertuduh didakwa perdaya mangsa dapatkan darjah kebesaran TYT Melaka

- Azzman@bh.com.my

Oleh Azzman Abdul Jamal Seremban: Seorang ahli perniagaan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas pertuduhan memperdaya seorang lelaki membayar RM650,000 bagi mendapatka­n darjah kebesaran Tuan Yang Terutama (TYT) Melaka antara Oktober sehingga Disember 2017.

Tertuduh, Tuan Mochtar Tuan Abdul Malek, 34, bagaimanap­un mengaku tidak bersalah selepas tuduhan dibacakan di hadapan Hakim Diana Md Razali.

Mengikut pertuduhan, tertuduh menipu Lim Siang Yoong, 39 dengan memperdaya mangsa bahawa tertuduh boleh bantu mendapatka­n pingat atau gelaran darjah kebesaran daripada kerajaan Melaka, dengan menerima sejumlah wang bernilai RM650,000 secara tunai.

Bagaimanap­un, selepas wang itu diserahkan, tiada pingat atau darjah kebesaran diterima mangsa.

Perbuatan itu dilakukan pada 20 Okotber hingga 10 Disember 2017 di Jalan S2 C9, Seksyen C, Seremban 2, Green Technology Park, di sini.

Oleh itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dengan sebatan dan denda jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan pilihan, tertuduh dengan curang memperdaya mangsa atas tujuan sama pada tarikh dan lokasi sama hingga mendorong lelaki berusia 39 tahun itu menyerahka­n wang berjumlah RM650,000.

Untuk itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Kes berkenaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya, Nuralis Mat, manakala tertuduh diwakili peguam, Datuk Ahmad Damanhuri Mohd Yusof.

Terdahulu, tertuduh menerusi peguamnya, merayu supaya mahkamah memberi jaminan rendah atas alasan perlu menanggung keluarga selain bapanya yang kini terlantar sakit akibat lumpuh sejak lima tahun lalu.

Mahkamah kemudian membenarka­n jaminan RM40,000 dengan seorang penjamin dan sebutan semula kes ditetapkan pada 4 November depan.

 ?? (Foto Adzlan Sidek /BH) ?? Tuan Mochtar dibawa ke Mahkamah Sesyen Seremban, semalam.
(Foto Adzlan Sidek /BH) Tuan Mochtar dibawa ke Mahkamah Sesyen Seremban, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia