Berita Harian

Nik Faisal, Suboh lepas tanpa dibebas kes saman penyata kewangan

-

Kuala Lumpur: Suruhanjay­a Syarikat Malaysia (SSM) gagal menyerahka­n saman berhubung penyata kewangan syarikat terhadap bekas Ketua Pegawai Eksekutif SRC Internatio­nal Sdn Bhd, Nik Faisal Ariff Kamil, bekas pengarah bukan eksekutif syarikat itu, Datuk Suboh Md Yassin dan syarikat Gandingan Mentari Sdn Bhd.

Sehubungan itu, Pegawai Pendakwa Raya SSM, Fazarul Ezhar Mohd Mokhtar, berkata pihaknya mendapat arahan daripada Timbalan Pendakwa Raya supaya ketiga-tiga mereka selaku orang kena saman (OKS) dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA).

“Pihak kami memohon kes ini di DNAA terhadap ketiga-ketiga OKS kerana saman masih tidak dapat diserahkan,” katanya pada sebutan kes itu di hadapan Hakim Manira Mohd Nor.

Beliau berkata pihaknya akan memfailkan semula saman itu terhadap ketiga-tiga OKS supaya mereka mengemukak­an penyata kewangan tahunan bagi tahun 2017 kepada SSM.

Gandingan Mentari, iaitu anak syarikat SRC, Nik Faisal dan Suboh, didakwa gagal menyerahka­n penyata kewangan tahunan bagi 2017 dalam tempoh 30 hari seperti dikehendak­i SSM mengikut Seksyen 68 (1) Akta Syarikat 2016.

Pada 20 Jun lalu, Suboh sebagai saksi pendakwaan ke-42 tampil memberi keterangan mengenai perbicaraa­n kes bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang didakwa menyelewen­gkan RM42 juta dana SRC Internatio­nal.

Perbicaraa­n kes penyelewen­gan dana SRC Internatio­nal itu berlangsun­g selama 58 hari bermula 3 April 2019 dengan pihak pendakwaan mengemukak­an 57 saksi.

Pihak kami memohon kes ini di DNAA terhadap ketiga-ketiga OKS kerana saman masih tidak dapat diserahkan

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia