Berita Harian

Permohonan kembalikan RM411 juta ditolak

-

Ipoh: Mahkamah Tinggi di sini sekali lagi menolak permohonan 6,764 pelabur mendapatka­n kembali wang pelaburan mereka berjumlah RM411 juta dan dividen dalam syarikat pelaburan emas, Bestino Golden House Sdn Bhd (Bestino).

Hakim Datuk Hashim Hamzah membuat keputusan itu semalam selepas selesai meneliti hujahan peguam plaintif dan defendan sebelum ini.

Pada 27 Oktober 2017, mahkamah sama menolak permohonan pelabur terbabit dengan alasan pelabur sepatutnya mengambil tindakan terhadap syarikat Bestino dan bukannya terhadap ahli lembaga pengarah serta pemegang saham.

Berikutan itu, semua pelabur terbabit membuat rayuan di Mahkamah Rayuan dan mahkamah itu pada 21 September tahun lalu membenarka­n permohonan plaintif dan mengarahka­n kes itu didengar semula di Mahkamah Tinggi Ipoh.

Perbicaraa­n semula kes berkenaan berlangsun­g pada 15 dan 16 Mei lalu.

Semua pelabur terbabit sebelum ini memfailkan permohonan itu pada 2014 menggunaka­n nama Bestino Group Berhad sebagai plaintif dan menamakan dua ahli lembaga pengarah serta dua pemegang saham majoriti syarikat itu sebagai defendan.

Defendan dalam kes itu ialah dua ahli lembaga pengarah iaitu Chong Yuk Ming, 55; dan Chang Kuei Geh, 63, serta dua pemegang saham majoriti, Goon Koon Lee, 54, dan Ho Chee Cheong, 47.

Plaintif diwakili oleh Yudistra Darma Dorai dan Christophe­r Anand manakala defendan diwakili oleh R Raj Shankar dan K Kumaran.

Pada Februari 2011, empat pengarah Bestino dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas 322 tuduhan pengubahan wang haram RM156.2 juta dan lima tuduhan menerima deposit tanpa lesen dalam tempoh dua tahun syarikat itu beroperasi.

Bank Negara Malaysia pula merampas aset syarikat itu mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2011 (AMLATFA) berjumlah RM24.2 juta sebagai bahan bukti.

Bagaimanap­un, pada 31 Oktober 2017, Mahkamah Sesyen Ipoh membebaska­n empat individu terdiri daripada pengarah dan pemegang saham majoriti syarikat itu daripada semua tuduhan berkenaan tanpa dipanggil membela diri.

Hakim, S Indra Nehru, dilaporkan berkata beliau membuat keputusan itu selepas meneliti semua keterangan saksi dan mendapati pihak pendakwaan gagal mengemukak­an kes prima facie terhadap tertuduh.

Sementara itu, wakil pelabur, A Gopala Nair, 68, berkata mereka akan kembali membuat rayuan di Mahkamah Rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh itu.

“Kami akan terus berusaha mendapatka­n kembali wang pelaburan kerana ramai daripada kami menggunaka­n keseluruha­n wang imbuhan persaraan, KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) dan simpanan bertahun-tahun untuk melabur dalam skim ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia