Berita Harian

MAIDAM bantu pelajar lanjut pengajian

Peruntukan kali pertama sedia RM800 untuk diploma, RM1,000 bagi peringkat ijazah

- Bhnews@bh.com.my

Oleh Baharom Bakar Pulau Redang: Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) menyediaka­n bantuan kewangan kepada pelajar yang berjaya melanjutka­n pengajian ke universiti di dalam dan luar negara.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, Saidi Salleh, berkata bantuan yang kali pertama diperkenal­kan itu membolehka­n pelajar ditawarkan mengikuti pengajian peringkat diploma menerima bantuan RM800 manakala peringkat ijazah pula RM1,000 seorang.

Beliau berkata, pelajar yang mendapat keputusan cemerlang iaitu pencapaian purata nilai gred kumulatif (CGPA) 3.0 ke atas dalam peperiksaa­n setiap semester juga layak menerima insentif RM1,000.

“Insentif khas ini hanya ditawarkan kepada pelajar dari Terengganu dan ibu bapa mereka disyaratka­n menunaikan zakat di negeri ini.

“Kita mengesan ada antara penduduk di negeri ini membayar zakat fitrah, zakat harta, zakat simpanan dan zakat perniagaan di negeri lain, tetapi memohon mendapatka­n bantuan pendidikan untuk anak mereka dengan MAIDAM,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap mewakili Yang Dipertua MAIDAM, Datuk Osman Muda, pada program Munaqasyah Ilmu anjuran bersama Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) serta MAIDAM di Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Redang

Saidi (tiga dari kiri) menyampaik­an replika cek berjumlah RM10,000

di sini, semalam.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah JAWHAR, Ruslan Said dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Waqaf, Abdul Halim Mat Yusop.

Pada program itu, Saidi turut menyampaik­an bantuan zakat kepada tiga kategori golongan asnaf yang menetap di Kampung Baru, Pulau Redang, membabitka­n peruntukan keseluruha­n sebanyak RM110,000.

Seramai 50 asnaf menerima bantuan zakat antara RM1,000 hingga RM3,000 membabitka­n peruntukan RM72,500 dan 21 orang turut menerima bantuan persekolah­an antara RM2,500 hingga RM10,500, membabitka­n peruntukan berjumlah RM35,000.

Selain itu, empat asnaf menerima bantuan perubatan dengan jumlah keseluruha­n RM7,500.

Pada majlis berkenaan, MAIDAM turut menyampaik­an sumbangan RM30,000 kepada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Pulau Redang untuk pembinaan pagar di tanah perkuburan Islam di pulau terbabit dan RM10,000 kepada SK Pulau Redang bagi pembinaan surau sekolah.

Mengulas mengenai kutipan zakat tahun lalu, Saidi berkata, MAIDAM berjaya mengutip zakat RM160 juta dan tahun ini, MAIDAM menyasarka­n kutipan zakat RM180 juta di mana sehingga akhir bulan lalu, RM150 juta berjaya diperoleh.

“Bantuan pendidikan dan insentif yang diperkenal­kan itu antara kaedah bagi menggalakk­an rakyat di negeri ini terus membayar zakat menerusi MAIDAM,” katanya.

Insentif khas ini hanya ditawar kepada pelajar dari Terengganu dan ibu bapa mereka disyaratka­n menunaikan zakat di negeri ini.

 ?? (Foto Baharom Bakar/bh) ?? Ami pada program Munaqasyah Ilmu di sekolah berkenaan, semalam. kepada Guru Besar SK Pulau Redang, Rozila
(Foto Baharom Bakar/bh) Ami pada program Munaqasyah Ilmu di sekolah berkenaan, semalam. kepada Guru Besar SK Pulau Redang, Rozila
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia