Berita Harian

Hospital di Malaysia perlu 600 pakar geriatrik

-

Kuala Nerang: Malaysia memerlukan sekurang-kurangnya 600 pakar geriatrik bagi menampung bilangan pesakit warga emas yang semakin meningkat.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye, berkata sehingga kini hanya terdapat 36 pakar dalam bidang itu di seluruh negara.

Katanya, kerajaan turut menggalakk­an pegawai perubatan supaya mengikuti kursus geriatrik sebagai antara langkah bagi meningkatk­an lebih ramai pakar, sekali gus memenuhi keperluan pesakit.

“Setiap tahun, kementeria­n memang sediakan keperluan untuk galakkan pegawai perubatan menyertai kursus dalam bidang kepakaran geriatrik ini, sama ada dalam negara atau luar negara.

“Ini perkara yang kita lakukan secara berterusan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Wad Rehabilita­si Geriatrik Hospital Kluster Kedah Utara di Hospital Kuala Nerang, di sini, semalam.

Yang turut hadir, Pengarah Kesihatan Kedah, Datuk Dr Norhizan Ismail.

Setakat ini, terdapat tujuh buah hospital yang dilengkapi wad terbabit, iaitu Hospital Kuala Lumpur, Hospital Tuanku Ampuan Rahimah Klang, Hospital Sungai Buloh, Hospital Melaka, Hospital Taiping, Hospital Umum Sarawak dan Hospital Queen Elizabeth di Sabah.

Mengulas lanjut, Dr Boon Chye berkata, Malaysia bakal menjadi negara tua menjelang 2030.

“Sehingga 2017, statistik bilangan penduduk negara menunjukka­n warga emas yang berumur 65 tahun ke atas sebanyak 2 juta orang ataupun 6.3 peratus daripada jumlah keseluruha­n penduduk di Malaysia.

“Bilangan warga emas di negara ini dijangka mencecah 13.6 peratus menjelang 2030,” katanya.

Sementara itu, Dr Norhizan berkata, wad dinaik taraf itu dilengkapi dengan kemudahan yang lebih selesa dan mesra OKU.

“Pesakit yang menghidap masalah strok, Parkinson dan kecederaan saraf tunjang dapat menerima rawatan dengan lebih baik.

“Dari 2017 sehingga kini, 156 pesakit sudah mendapatka­n perkhidmat­an dan rawatan di sini,” katanya.

 ?? (Foto Shahrizal Md Noor/bh) ?? Boon Chye mendengar penerangan doktor pakar di Wad Rehabilita­si Geriatrik selepas merasmikan wad berkenaan di Hospital Kluster Kedah Utara di Hospital Kuala Nerang, semalam.
(Foto Shahrizal Md Noor/bh) Boon Chye mendengar penerangan doktor pakar di Wad Rehabilita­si Geriatrik selepas merasmikan wad berkenaan di Hospital Kluster Kedah Utara di Hospital Kuala Nerang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia