Berita Harian

Suntikan dana pelaburan PETRONAS CVC RM1.46B

Syarikat modal teroka pacu inovasi teknologi, kekal daya saing firma O&G negara

- Oleh Che Wan Badrul Alias chewan@bh.com.my

PETRONAS menubuhkan cabang modal teroka baharunya, PETRONAS Corporate Venture Capital (CVC) dengan suntikan peruntukan dana pelaburan berjumlah RM1.46 bilion.

Firma minyak dan gas negara itu berkata, menerusi suntikan dana pelaburan itu, PETRONAS CVC akan membuat pelaburan secara langsung dalam syarikat pemula teknologi khususnya bidang industri 4.0, bahan termaju dan kimia khusus, teknologi tenaga masa depan serta akses ke pasaran baharu.

Katanya, liputan global PETRONAS CVC tidak hanya tertumpu di Amerika Utara dan Eropah, yang diuruskan oleh cabang VC yang dilancarka­n baru-baru ini, PTV Internatio­nal Ventures America (PIVA), malahan juga syarikat pemula Malaysia serta Asia Pasifik bagi merangsang keusahawan­an dan ekosistem modal teroka tempatan.

“Penubuhan cabang modal teroka ini akan memacu inovasi teknologi dan mengekalka­n kedudukan PETRONAS dalam persaingan­nya dengan memangkin perniagaan teras minyak dan gas (O&G) kumpulan supaya terus berkembang pada masa depan,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, firma minyak dan gas negara itu berkata, PETRONAS CVC akan menyuntik dana berkenaan untuk menjadi pemegang saham minoriti kepada syarikat pemula atau syarikat yang berada dalam fasa pertumbuha­n.

Seterusnya, ia berkata, kumpulan akan menyesuaik­an syarikat pemula terbabit secara strategik kepada pelabur bersama atau rakan niaga menerusi rangkaian global PETRONAS yang kukuh dalam rantaian tenaganya dan membantu mengembang­kannya ke skala lebih tinggi.

“PETRONAS CVC akan terbabit dengan lebih mendalam dalam ekosistem modal teroka ini, memiliki kehadiran di Silicon Valley atau Kuala Lumpur, meninjau usahawan yang memiliki idea dan bercita-cita tinggi menyelesai­kan masalah kritikal dalam industri dan sektor tenaga menerusi model perniagaan berteknolo­gi tinggi dan inovatif,” katanya.

Penubuhan cabang modal teroka ini akan memacu inovasi teknologi dan mengekal kan kedudukan PETRONAS dalam persaingan­nya dengan memangkin perniagaan teras O&G kumpulan supaya terus berkembang pada masa depan. Kenyataan PETRONAS

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia