Berita Harian

Belanjawan 2020 syor perkenal inisiatif bantu rakyat berjimat

Kerajaan patut kekalkan kestabilan dasar percukaian ketika ketidakten­tuan ekonomi global

- Oleh Hazwan Faisal Mohamad hazwanfais­al@bh.com.my

Kerajaan wajar memperkena­lkan lebih banyak dasar yang mampu memberi penjimatan kepada rakyat dalam Belanjawan 2020 yang akan dibentangk­an minggu depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Ringgitplu­s, Liew Ooi Hann, berkata sebagai contoh pada tahun lalu, kerajaan mengumumka­n peningkata­n kadar pengecuali­an cukai untuk simpanan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) daripada RM6,000 ke RM8,000 dalam Belanjawan 2019.

“Jika dasar seperti ini dapat diteruskan pada belanjawan kali ini, ia akan membolehka­n rakyat Malaysia untuk menyimpan lebih banyak.

“Selain itu, dengan ketidakten­tuan ekonomi global ketika ini, adalah penting bagi Malaysia mengekalka­n kestabilan dasar seperti membabitka­n dasar percukaian.

“Jangan ubah dasar ini sesuka hati. Segala dasar yang telah diputuskan pada tahun lalu, perlu dikekalkan biarpun berlaku turun naik keadaan ekonomi dunia,” katanya selepas melancarka­n tinjauan literasi kewangan rakyat Malaysia 2019 di Kuala Lumpur, semalam.

Ditanya mengenai cadangan kerajaan untuk mengkaji pelaksanaa­n semula Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST), Ooi Hann berkata Malaysia perlu konsisten dengan dasar percukaian­nya dan ketidakten­tuan dasar adalah sesuatu yang negatif.

“Ia sebenarnya membabitka­n keperluan untuk mempunyai dasar yang stabil terutama ketika keadaan ekonomi global yang dalam ketidakpas­tian.

“Apa yang Malaysia perlu buat ialah dengan memberitah­u dunia yang kita mengalualu­kan perniagaan dan mempunyai dasar cukai yang stabil dan tidak berubah-ubah setiap tahun,” katanya.

Dalam tinjauan literasi kewangan rakyat Malaysia 2019, 69 peratus responden berkata kewangan masing-masing adalah terkawal, namun apa yang membimbang­kan 53 peratus mengakui tidak mampu untuk meneruskan kehidupan lebih daripada tiga bulan dengan simpanan mereka.

Tinjauan itu seterusnya mendapati kira-kira 43 peratus responden berbelanja sepenuhnya atau lebih daripada apa yang diperoleh. Dapatan ini meningkat 10 peratus berbanding tinjauan tahun lalu.

Tinjauan berkenaan dilakukan dengan kerjasama Visa membabitka­n 8,139 responden berusia dari 20 tahun hingga 60 tahun di seluruh negara secara atas talian.

Jangan ubah dasar ini sesuka hati. Segala dasar yang telah diputuskan pada tahun lalu, perlu dikekalkan biarpun berlaku turun naik keadaan ekonomi dunia. Liew Ooi Hann, Ketua Pegawai Eksekutif Ringgitplu­s

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia