Berita Harian

Eksport Malaysia pada Ogos susut 0.8 peratus

-

Eksport Malaysia bagi Ogos mencatatka­n penurunan, berikutan permintaan lemah bagi produk elektrik dan elektronik daripada kebanyakan rakan perdaganga­n negara.

Eksport susut 0.8 peratus pada Ogos berbanding setahun lalu, jauh di bawah unjuran ahli ekonomi oleh Reuters. Eksport Julai meningkat 1.7 peratus.

Eksport produk elektrik dan elektronik, yang merangkumi kira-kira satu pertiga eksport keseluruha­n Malaysia, susut 7.4 peratus pada Ogos, berikutan permintaan lemah daripada rakan perdaganga­n di Asia Tenggara, China serta Jepun.

Sementara itu, eksport ke China, yang juga antara rakan perdaganga­n terbesar Malaysia susut 2.8 peratus walaupun permintaan bagi produk sawit dan berasaskan sawit meningkat sekali ganda.

Bagaimanap­un, penghantar­an ke Amerika Syarikat (AS) meningkat 6.8 peratus, demikian menurut data Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI).

Penghantar­an barangan pembuatan, yang merangkumi kira-kira 84.4 peratus jumlah eksport Ogos, meningkat

0.1 peratus berbanding setahun lalu.

Kenaikan kecil itu dipacu oleh permintaan lebih tinggi bagi barangan logam, peralatan pengangkut­an, produk besi dan keluli, produk petroleum, makanan diproses, selain jentera, peralatan dan alat ganti.

Eksport turut dibantu oleh pertumbuha­n penghantar­an barangan pertanian, namun dijejaskan oleh penurunan mendadak permintaan bagi barangan perlombong­an.

Import Ogos pula menguncup 12.5 peratus berbanding setahun lalu, meneruskan lagi penurunan 5.9 peratus yang dicatatkan pada Julai.

Lebihan perdaganga­n pada Ogos mengecil kepada RM10.9 bilion, berbanding RM14.3 bilion pada bulan sebelumnya.

REUTERS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia