Berita Harian

Rebat tunai pembelian hartanah sepanjang HOC

Tawaran kepada pembeli kediaman menerusi cabutan bertuah sempena kempen

- Bhbiz@bh.com.my

Oleh Nurhayati Abllah dan Wan Noor Hayati Alias Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menawarkan rebat tunai berjumlah RM672,000 bagi pembelian rumah mampu milik bernilai RM300,000 dan ke bawah, sepanjang penganjura­n Kempen Pemilikan Rumah Mampu Milik (HOC) 300.

Rebat berkenaan diberikan kepada pembeli rumah menerusi cabutan bertuah yang diadakan sepanjang penganjura­n kempen yang bermula semalam hingga esok.

Ketua Setiausaha KPKT, Datuk Seri Mohammad Mentek, berkata rebat itu kali pertama ditawarkan sebagai insentif daripada kementeria­n untuk membantu mengurangk­an harga rumah, seterusnya menggalakk­an pemilikan kediaman terutama bagi golongan B40 dan M40.

“Rebat tunai RM672,000 itu adalah jumlah keseluruha­n hasil sewaan gerai pameran yang dikenakan ke atas 32 pemaju yang menyertai HOC 300.

“Kutipan berkenaan sepatutnya disalurkan kepada kementeria­n, tetapi kami memulangka­n semula kepada pembeli bertuah yang membeli rumah berharga bawah RM300,000.

“Ia diberikan dalam bentuk rebat tunai dan membantu mengurangk­an lagi harga rumah yang dibeli,” katanya pada pelancaran Kempen HOC 300 bertemakan Rumah Mampu Milik, di Kuala Lumpur, semalam.

HOC 300 yang diadakan di NU Sentral menawarkan 12,438 unit rumah dengan nilai keseluruha­n berjumlah RM2.9 bilion.

Penganjura­n HOC 300 kali ini hanya memfokuska­n kepada jualan rumah mampu milik di bawah RM300,000 dan pembeli rumah pertama.

Yang hadir sama, Ketua Pengarah Jabatan Perumahan Negara, N Jayaselan.

Mohammad berkata, selain rebat berkenaan, HOC 300 turut menawarkan insentif menarik lain seperti diskaun sehingga RM30,000 melalui Skim Perumahan Mampu Milik (mengikut terma dan syarat).

“Turut ditawarkan pengecuali­an duti setem bagi surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman serta pemberian diskaun dan rebat sehingga 30 peratus bagi projek PR1MA yang terpilih di seluruh negara (tertakluk terma dan syarat).

“Selain itu, PR1MA juga menawarkan baucar sehingga RM30,000 dalam bentuk peralatan elektrik dan perabot rumah bagi pembeli rumah PR1MA yang bertuah,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai penganjura­n kempen, beliau berkata, kementeria­n menyasarka­n kira-kira 60 peratus daripada keseluruha­n unit rumah yang ditawarkan akan dijual.

 ?? (Foto Mohd Yusni Ariffin/bh) ?? Mohammad (tengah) melawat ruang pameran pada pelancaran Kempen HOC 300 di Kuala Lumpur, semalam.
(Foto Mohd Yusni Ariffin/bh) Mohammad (tengah) melawat ruang pameran pada pelancaran Kempen HOC 300 di Kuala Lumpur, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia