Berita Harian

Industri pembinaan diunjur berkembang 5 peratus

-

Industri pembinaan dijangka berkembang kira-kira lima peratus pada akhir 2019, berbanding pertumbuha­n 4.2 peratus tahun lalu, kata Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan (CIDB), Datuk Ir Ahmad Asri Abdul Hamid.

Beliau berkata, aliran itu akan berterusan sehingga separuh pertama tahun depan, berdasarka­n kepada pendekatan tunggu dan lihat yang diambil oleh pelabur tempatan dan asing.

“Bagaimanap­un, momentum itu dijangka meningkat menjelang separuh kedua 2020 kerana kerajaan telah meluluskan projek-projek tertentu. Saya positif terhadap prospeknya,” katanya pada sidang media Anugerah Kecemerlan­gan Industri Pembinaan 2019 (MCIEA) di Kuala Lumpur, semalam.

Dianjurkan oleh CIDB sejak 2000, MCIEA mengiktira­f individu, perunding, organisasi dan projek-projek yang telah menyumbang dan menunjukka­n kecemerlan­gan dalam meningkatk­an imej dan prestasi industri pembinaan.

“Untuk industri pembinaan Malaysia melangkah ke hadapan secara keseluruha­nnya, penggiat industri perlu membuat perubahan menguna pakai amalan terbaik.

“Sehubungan itu, CIDB mengambil langkah selanjutny­a untuk menggalakk­an pendekatan pembinaan holistik yang akan memberikan dorongan kepada syarikat pembinaan Malaysia meningkatk­an kedudukan mereka di peringkat domestik dengan lebih ketara, serta meraih prestasi unggul sebagai pemimpin di platform antarabang­sa,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Asri berkata, hanya lima kategori anugerah untuk MCIEA 2019, berbanding sembilan sebelum ini kerana kriteria penghakima­n telah disemak semula untuk mencermink­an pendekatan yang lebih holistik bagi menggalakk­an penggiat industri terus meningkatk­an taraf pembinaan negara, sejajar dengan matlamat Program Transforma­si Industri Pembinaan (CITP) 2016-2020. BERNAMA

Penggiat industri perlu membuat perubahan menguna pakai amalan terbaik.

 ??  ?? Ahmad Asri Abdul Hamid,
Ahmad Asri Abdul Hamid,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia