Berita Harian

Firma teknologi UK yakin potensi Malaysia

Negara kekal jadi destinasi pelaburan, loncatan ke pasaran ASEAN

-

Beberapa pelaburan oleh syarikat teknologi dari United Kingdom (UK) di Malaysia mencermink­an keyakinan pelabur terhadap Malaysia yang sedang bergerak di landasan yang tepat.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo, berkata ini satu suntikan kepada pembanguna­n dan pertumbuha­n teknologi di Malaysia dan isyarat permulaan bagi lebih banyak pelaburan penting yang signifikan dan strategik kepada agenda transforma­si digital negara ini.

“Saya positif dengan komitmen baharu oleh syarikat teknologi dari UK akan mewujudkan banyak kemungkina­n situasi menang-menang di samping membuka kunci sinergi yang akan membawa peningkata­n perdaganga­n dan menambah baik perniagaan berhubung teknologi untuk kedua-dua negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada perasmian Ideagen Technology Centre Of Excellence (COE) di Subang Jaya, semalam.

Pelaburan itu juga mencermink­an daya tarikan Malaysia sebagai satu destinasi pelaburan dan sebagai loncatan kepada pasaran yang lebih besar ASEAN.

“Saya amat bangga melihat gagasan kita meraih keberhasil­an, susulan daripada pengumuman saya pada 30 April lalu bahawa lima pertubuhan teknologi UK termasuk Ideagen, merancang untuk melabur di Malaysia,” kata Gobind yang merujuk kepada lawatan kerjanya ke UK pada Februari lalu di mana beliau mengadakan siri mesyuarat peringkat tertinggi dengan kerajaan UK, industi dan akademi dalam bidang digital.

Beliau juga berkata, reputasi dan kehebatan Ideagen sebagai pembekal perisian pengurusan risiko kepada syarikat dalam sektor sangat dikawal selia seperti penerbanga­n, perbankan dan sains kehidupan dengan tujuh daripada 10 syarikat perakaunan terkemuka UK dan tiga perempat daripada pertubuhan farmasi terbesar dunia adalah pelanggann­ya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Ideagen, Ben Dorks, berkata pelancaran COE baharu di Subang Jaya adalah langkah hebat dan signifikan oleh syarikat itu dalam strategi pertumbuha­n globalnya.

“Kemudahan baharu jenama kami di Subang Jaya menempatka­n ruang pejabat yang menarik dan penuh gaya seluas 21,000 kaki persegi menyediaka­n tapak yang kukuh, di mana kita boleh meluaskann­ya bukan sahaja di Malaysia malah ke rantau Asiapasifi­k.

“Malaysia ialah lubuk bakat teknologi, dan kita menyambut baik bakat berkenaan untuk menyertai Kumpulan Ideagen, yang kita yakini satu petunjuk jelas komitmen kami terhadap ekonomi Malaysia,” katanya.

Dorks menambah bahawa ini adalah fasa menarik dalam pertumbuha­n dan kejayaan Ideagen dan percaya COE Malaysia akan memainkan peranan penting bagi membolehka­n syarikat perisian menjadi pemain global dalam kerajaan, risiko dan pematuhan (GRC) pasaran perisian.

Perluasan Ideagen di Malaysia adalah sebahagian daripada projek COE global syarikat itu yang telah mewujudkan fungsi perniagaan berdedikas­i yang baharu dan hampir 150 pekerjaan di seluruh dunia.

Hanya dalam tujuh tahun, syarikat telah meningkatk­an jumlah petugasnya daripada 30 kepada lebih 530 di seluruh dunia.

Tempat baharu di Subang Jaya boleh memuatkan 200 pekerja perisian dan profesiona­l teknologi mahir yang lain.

BERNAMA

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Gobind bersama Pesuruhjay­a Tinggi British ke Malaysia, Charles Hay dan Dorks (kanan) pada perasmian Ideagen Technology Centre Of Excellence (COE) di Subang Jaya, semalam.
(Foto BERNAMA) Gobind bersama Pesuruhjay­a Tinggi British ke Malaysia, Charles Hay dan Dorks (kanan) pada perasmian Ideagen Technology Centre Of Excellence (COE) di Subang Jaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia