Berita Harian

CIMB Shine perkasa PKS di pasaran e-dagang global

-

CIMB Foundation dengan kerjasama Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan rakan kerjasama pengetahua­n, Cheng & Co melancarka­n CIMB Shine-memperkasa Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) (CIMB Shine).

CIMB Shine adalah platform bagi pemula niaga, usahawan dan PKS untuk melengkapk­an diri dengan ilmu yang tepat mengenai kewangan, Revolusi Perindustr­ian Keempat dan e-dagang.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan CIMB, Datuk Hamidah Naziadin, berkata PKS adalah tulang belakang ekonomi Malaysia, menyumbang 37 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dengan pengetahua­n dan inovasi menjadi faktor utama untuk memperkasa PKS bagi mengembang­kan perniagaan.

“Dengan CIMB Shine, kami berharap dapat mencapai dan membantu PKS untuk memperkuku­h keupayaan agar kekal berdaya saing dan berdaya tahan dalam ekonomi gig,” katanya dalam satu kenyataan.

Platform berkenaan menyediaka­n kurikulum interaktif untuk memberi peluang e-dagang kepada PKS selain memastikan pembiayaan yang berjaya dan pengurusan perniagaan bagi pertumbuha­n.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MDEC Surina Shukri, berkata pihaknya terus komited untuk memacu transforma­si digital di Malaysia khususnya bagi memanfaatk­an Revolusi Perindustr­ian Keempat.

“Selain membolehka­n usahawan memulakan perjalanan digital, ia juga memberi peluang untuk mereka memahami manfaat digital. Dengan kerjasama terbabit, kami yakin lebih banyak syarikat boleh memanfaatk­an sepenuhnya pelaksanaa­n langkah pendigital­an,” katanya. BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia