Berita Harian

PROTON, Bank Rakyat tawar pembiayaan 100 peratus

-

PROTON dan Bank Rakyat menawarkan pakej pembiayaan istimewa untuk graduan baharu dan kakitangan kerajaan bagi keretakere­ta terpilih.

Pakej istimewa yang sah hingga 31 Disember 2019 itu menyediaka­n pembiayaan sehingga 100 peratus bagi setiap pembelian.

Pakej terdiri daripada dua jenis kadar pembiayaan istimewa, An-naqlu 1 yang menawarkan pembiayaan 90 peratus bermula pada kadar menarik sebanyak 2.88 peratus setahun dan An-naqlu 2 menawarkan pembiayaan 100 peratus bermula pada kadar sebanyak 3.30 peratus setahun.

Tawaran terhad kepada rakyat Malaysia iaitu graduan baharu berusia antara 20 hingga 30 tahun serta kakitangan kerajaan berusia antara 18 hingga 60 tahun untuk pembelian Proton Persona, Iriz, Exora dan Saga.

Pengarah Jualan Korporat PROTON, Fazli Hisham Shukor, berkata tawaran ini adalah salah satu daripada pelbagai kerjasama khas, yang dilaksanak­an PROTON untuk memudahkan pemilikan semua pelanggann­ya.

“Di bawah skim istimewa ini, Bank Rakyat menawarkan kelulusan pembiayaan mudah kepada pelanggan, sementara PROTON menjadikan tawaran ini lebih menarik melalui pakej servis percuma sehingga dua tahun bergantung kepada model yang mereka pilih.

“Model Saga didatangka­n dengan pakej servis percuma selama setahun, manakala Persona dan Iriz pula selama dua tahun; termasukla­h kos pekerja dan alat ganti secara percuma,” katanya.

Di samping itu, pelanggan turut berpeluang menikmati kelebihan tambahan daripada pakej insurans yang dipertingk­at.

Mendapat kerjasama Etiqa Takaful dan Zurich Takaful, Program Insurans PROTON menyediaka­n perlindung­an khas iaitu perlindung­an utama, elaun banjir serta perlindung­an untuk semua pemandu, termasuk jaminan sifar lebihan caj untuk kereta PROTON sehingga 10 tahun.

Pelanggan yang berminat dengan pakej pembiayaan istimewa ini boleh mendapatka­nnya di semua cawangan PROTON seluruh negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia