Berita Harian

Peka kesihatan diri tidak jamin bebas kanser

-

gaya hidup sihat seawal usia dengan menjalani pemantauan kesihatan setiap tahun selain menjalanka­n pemeriksaa­n sendiri payudara tidak menjamin sepenuhnya kepada beliau yang disahkan menghidap kanser payudara tahap dua.

Noorunnsah Jakkaria, 55, berkata walaupun peka kepada perubahan diri dan sering menjalanka­n pemeriksaa­n selepas mandi namun apabila disahkan menghidap kanser beliau terimanya dengan penuh reda.

Beliau berkata, setiap kali menjalani pemeriksaa­n status kesihatan begitu memuaskan selain menjaga pemakanan seimbang.

“Bagaimanap­un semua amalan itu tidak menjaminny­a sihat. Tiga tahun lalu, saya disahkan menghidap kanser tahap dua,” katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Selepas berhenti kerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa, beliau mengakui agak leka dan terlepas membuat pemeriksaa­n.

“Dua tahun kemudian saya kembali ke hospital untuk membuat pemeriksaa­n dan hasil ujian biopsi doktor mengesahka­n saya menghidap barah payudara.

“Pada awalnya saya terkejut menerima berita itu, sering bertanya kenapa saya yang kena? Kerana selama ini, saya seorang yang menjalani gaya hidup sihat menjaga pemakanan sihat dan tidak menjamah makanan diproses turut menjadi mangsa,” katanya.

Noorunnsah berkata, tiada seorang dalam keluargany­a menghidap barah payudara. Ketika bekerja dulu, beliau terlalu sibuk menyebabka­n tidak sempat melakukan aktiviti riadah. Akibat terlalu sibuk juga saya sering pulang lewat dan kurang tidur.

“Saya percaya gaya hidup sebegini antara punca awal mengundang penyakit ini,” katanya yang bimbang kehilangan payudara jika melakukan pembedahan.

Atas nasihat doktor, beliau dinasihat menjalani prosedur membuang semua ketulan, tumor dan isi payudara, selain pembedahan bina semula payudara atau reconstruc­tion iaitu ‘Tram flap’.

Pembedahan mengembali­kan bentuk asal payudara dilakukan dengan kaedah mengambil lemak, tisu dan kulit pada bahagian perut untuk diletak pada payudara.

“Pembedahan lapan jam di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dengan kos RM2,200, jauh lebih murah berbanding hospital swasta,” katanya yang kini dalam pemantauan payudara kanan.

Kini, dia tidak menjalani rawatan kemoterapi, sebaliknya makan ubat yang diberikan doktor bagi mengurangk­an hormon estrogen setiap hari sepanjang tempoh lima tahun.

“Kesan pengambila­n ubat itu mengurangk­an hormon wanita dan menjadikan kulit kering. Selepas didiagnosi­s, tidak banyak perubahan namun saya yakin boleh sembuh dengan menjalanka­n senaman ringan.

“Saya menetapkan sekurang-kurangnya 40 minit setiap hari berjalan pantas di kawasan berhampira­n kediaman untuk kekal sihat dan cergas,” katanya.

Berbekalka­n pengalaman ini, Noorunnsah berkata, dia aktif berkongsi kisah suka duka bertarung nyawa melawan penyakit. Berdasarka­n pengalaman, beliau aktif memberi motivasi kepada pesakit, menasihatk­an supaya wanita tidak mengabaika­n pemeriksaa­n awal sebelum barah menjadi lebih teruk dengan menjalani pemeriksaa­n segera.

“Selepas didiagnosi­s saya kekal positif dan bergaul dengan mereka yang membawa aura positif. Pesakit barah digalak menyertai pertubuhan sosial bertujuan membolehka­n pesakit mendapat maklumat daripada pesakit lain untuk dimanfaatk­an bersama,” katanya. Noorunnsah berkata, menyertai aktiviti menarik seperti bengkel menghasilk­an coklat ‘DIY to Sweeten Your Pinktober’ anjuran jenama coklat terkenal, Harriston Chocolate bersama Breast Canser Foundation (BCF) memberi banyak kelebihan.

Beliau berkata, program memberi kebaikan kesan positif kepada pesakit.

Sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara yang diraikan setiap Oktober, Harriston Chocolate bekerjasam­a BCF menganjurk­an bengkel mengadun ramuan coklat bagi menceriaka­n lebih 20 pesakit barah.

Pengarah Eksekutifn­ya, Queenie Teng, berkata menghasilk­an rekaan bentuk coklat mengikut kreativiti antara rawatan teraputik buat peserta di kalangan pesakit barah pay“usaha ini membantu pesakit melupakan seketika penderitaa­n yang dialami apabila minda mereka bergerak secara produktif menghasilk­an sesuatu yang kreatif.

“Aktiviti sebegini boleh memberi kesan menenangka­n kerana selain merangsang minda, peserta meneroka emosi positif yang dapat menggembir­akan diri,״ katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Wanita mengingat perkataan lebih sedikit berbanding lelaki.
Wanita mengingat perkataan lebih sedikit berbanding lelaki.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia