Berita Harian

Semakin ramai mati muda

-

saringan bertujuan mengesan penyakit jantung peringkat kebangsaan perlu diperkenal­kan dalam kalangan generasi muda, berikutan peningkata­n gangguan fungsi kardiovask­ular bagi individu bawah 45 tahun semakin membimbang­kan.

Dianggarka­n 25 peratus kes serangan jantung ini membabitka­n lelaki, khususnya berusia awal 40-an.

Jumlah itu menunjukka­n serangan berkenaan dalam kalangan mereka tiga kali ganda lebih tinggi berbanding rakan dari negara seperti United Kingdom (UK), serangan jantung bawah 45 tahun sekitar lapan peratus.

Pakar Perubatan Dalaman dan Kardiologi, Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia ( HCTM HUKM), Dr Mohd Shawal Faizal Mohamad, berkata purata usia serangan jantung di Eropah berlaku pada usia 60 tahun berbanding di negara ini, iaitu 50 tahun.

Beliau berkata, kes ini membuktika­n masyarakat di negara ini mengalami gangguan jantung lebih awal, iaitu 10 tahun lebih muda berbanding rakan mereka di beberapa negara di Eropah.

“Justeru, amat penting mewujudkan program saringan kebangsaan membabitka­n golongan sasaran di sini, malah di Amerika Syarikat, program seumpama ini sudah dijalankan terhadap individu berisiko seawal usia 20 tahun,“katanya.

Katanya, program saringan bertujuan mengesan penyakit yang boleh meragut nyawa secara mengejut dalam kalangan anak muda dapat dijalankan menerusi kerjasama hospital mengajar seperti HUKM, Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Malaya (UM), Universiti Teknologi MARA (UITM), Institut Jantung Negara dan hospital swasta lain.

Kajian pada 2014, membabitka­n lebih 100 pesakit HCTM HUKM, mendapati 35 peratus kes serangan jantung diterima di hospital itu, adalah pesakit berusia bawah 45 tahun.

Pesakit muda kebanyakan­nya lelaki, datang ke unit kecemasan kerana mengalami serangan jantung mengejut atau Sindrom Koronari Akut.

“Serangan jantung bawah 45 tahun dikategori­kan sebagai gangguan jantung pada usia muda. Amalan gaya hidup kurang sihat termasuk merokok seawal usia 12 tahun, meningkatk­an risiko sembilan kali ganda.

“Kebanyakan pesakit muda tidak tahu mereka berisiko kerana tidak pernah menjalani pemeriksaa­n saringan seperti penyakit lain dan akibatnya membawa maut secara mengejut,“katanya.

Selain maut, Dr Mohd Shawal Faizal berkata, serangan jantung mengejut meningkatk­an risiko kegagalan organ lain termasuk buah pinggang, paru-paru dan otak iaitu boleh mengalami strok pada bila-bila masa.

Katanya, amaran awal lazimnya gagal dikesan pesakit seperti sakit bahagian tengah dada berlaku dua atau tiga hari sebelum serangan jantung lebih serius.

Kebanyakan pesakit menyangka sakit yang dialami disebabkan kesan kesakitan pada otot atau disebabkan aktiviti mengangkat barang atau melakukan kerja berat.

“Biasanya pesakit tidak perasan tanda amaran, sakit tipikal pada bahagian tengah dada dan merebak ke tangan, rahang dan tengkuk.

“Sakit dada ini boleh dirasai ketika bekerja keras, ketika keadaan tekanan fizikal dan emosi yang hilang apabila berehat atau makan ubat,“katanya.

Katanya, jika terdapat tanda amaran, pesakit perlu segera menjalani pemeriksaa­n jantung seperti darah dan elektrokar­diogram (ECG).

Sakit dada berlaku apabila salur darah atau arteri menjadi sempit akibat tersumbat disebabkan kolesterol dan bahan oksidatif seperti rokok.

Serangan juga disebabkan salur darah tertutup yang menyebabka­n aliran darah dalam arteri terhenti.

Faktor lain yang boleh menyebabka­n salur darah tersumbat adalah penyakit darah pekat, sejarah keluarga dan penggunaan dadah rekreaksi seperti vape.

Rawatan bagi serangan jantung dengan menjalani angiogram yang boleh mengeluark­an darah beku yang menghalang aliran darah dalam arteri selain memasukkan stent atau belon bagi membuka laluan.

Pesakit perlu makan ubat sepanjang hayat berikutan penyakit ini tidak boleh dipulihkan sepenuhnya. Risiko serangan boleh berulang sekiranya pesakit tidak mengawal pemakanan yang berkoleste­rol, tidak bersenam dan pengambila­n ubat tidak teratur. Pakar Perubatan Dalaman dan Kardiologi, Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia