Berita Harian

‘Doktor pakar’ beri nasihat

-

fakta dan mitos, rawatan hospital atau alternatif ia adalah dilema dihadapi pesakit kanser.

Lebih ditakuti, kemunculan ‘doktor pakar’ yang tidak pernah merawat atau menjaga pesakit, tetapi mengetahui banyak perkara mengenai penyembuha­n kanser.

Sebenarnya, kehadiran ‘doktor pakar’ itu memberi tekanan kepada pesakit dan boleh menjejaska­n proses penyembuha­n. Dua minggu lalu, saya berkongsi catatan mengenai penderitaa­n saya menghidap kanser limfoma tahap empat.

Limfoma iaitu sejenis barah terjadi pada limfosit (jenis sel darah putih pada sistem ketahanan tubuh vertebrata), terdiri daripada pelbagai jenis. Biasanya tumor pepejal sel limfoid seperti bengkak di leher, bawah lengan dan perut.

Saya juga berdepan situasi itu apabila menerima pelbagai nasihat dan saranan daripada pelbagai pihak.

Saya tahu, mereka yang mengetahui mengenai penyakit dihidapi mahukan yang terbaik dan ingin melihat saya sembuh.

Namun, apabila terlalu banyak maklumat khususnya yang tidak diketahui asas atau kebenarann­ya, ia menjadi bebanan kepada pesakit.

Pesakit kanser yang menjalani rawatan kemoterapi lebih selesa mendengar nasihat doktor dan mengikut panduan pemulihan diberikan.

Malah, rawatan yang bercampur-aduk ditakuti akan menjejaska­n proses penyembuha­n.

Contohnya, pengambila­n herba dan makanan tambahan yang lebih sesuai untuk yang tidak menghidap kanser sebagai langkah pencegahan, tetapi boleh mendatangk­an mudarat kepada yang menjalani rawatan kemoterapi.

Antara saranan, makan buah durian Belanda, minum rebusan air daun durian Belanda, belalai gajah, daun rama-rama dan panjang lagi senarai yang diberi. Itu belum kira senarai makanan yang tidak boleh dimakan pesakit kanser.

Kemoterapi membunuh semua sel dalam tubuh menyebabka­n pesakit tidak mempunyai daya ketahanan diri dan mudah terdedah kepada jangkitan. Oleh

itu,merekatida­k boleh makan sembaranga­n.

Ada juga yang melarang menjalani rawatan kemoterapi sebaliknya menyuruh rawatan alternatif dengan testimoni ada pesakit kanser yang berjaya sembuh. Malah, ada ahli keluarga membawa pesakit kanser berjumpa bomoh kerana tidak yakin dengan rawatan hospital.

Apabila ada keluarga yang memaksa melakukan perkara tidak dibenarkan oleh doktor kerana boleh mengganggu rawatan, ia membuatkan pesakit serba salah. Tidak diikut keluarga marah atau berkecil hati. Jika diikutkan takut berbahaya pada diri.

Begitu juga keengganan pesakit menerima kunjungan pelawat bagi mengelak jangkitan yang boleh memudaratk­an kesihatan mereka. Saya terpaksa berkeras melarang apabila ada yang ingin datang menziarah.

Sehingga kini saya masih mendengar keluhan pesakit kanser berdepan dilema begini. Langkah terbaik bagi pesakit kanser yang menjalani rawatan kemoterapi ialah mendengar nasihat doktor dan mengikut pelan rawatan disediakan.

Kesimpulan­nya, bagi yang tidak faham, sebaiknya mendapatka­n maklumat yang tepat dan andainya hati kuat ingin membantu, kata-kata semangat serta doa berterusan amat dihargai oleh pesakit kanser.

Elakkan menambahka­n kegusaran di hati pesakit yang sudah tentunya melalui saat sukar berdepan ujian dengan tindakan yang boleh menimbulka­n rasa kurang selesa atau serba salah kepada mereka.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia