Berita Harian

Bedah plastik si kecil mencabar

-

umumnya, prosedur pembedahan plastik sering membabitka­n pesakit dewasa berbanding kanak-kanak, namun kaedah sama sekiranya membabitka­n si kecil pastinya lebih mencabar.

Ini disebabkan proses pembedahan rekonstruk­tif terhadap pesakit kanak-kanak memerlukan peralatan dan kepakaran berbeza selain kerjasama dengan pakar berlainan.

Hospital Wanita dan Kanakkanak Kuala Lumpur (HWKKKL), mengambil inisiatif menganjurk­an simposium kebangsaan pembedahan plastik pediatrik dihadiri kira-kira 100 doktor pakar, pegawai perubatan, pakar pembedahan dan paramedik serta penceramah dari Australia, Indonesia dan Thailand.

Pengerusi penganjur, Dr Koh Khai Luen, berkata pembedahan plastik membabitka­n populasi kanak-kanak cukup mencabar berbanding pesakit dewasa.

Beliau berkata lazimnya prosedur paling banyak dilakukan termasuk merawat kecacatan pada bahagian kepala dan leher. Selain rawatan pada rekahan bibir dan lelangit kesan sumbing.

“Sebenarnya di negara ini, sekitar lima hingga enam kes berkaitan rekahan bibir dan lelangit berjaya ditangani pasukan perubatan bagi tempoh seminggu, berbanding di luar negara untuk kes sama sehingga satu tahun.

“Secara umumnya, pembedahan plastik kebanyakan membabitka­n rekahan bibir dan lelangit, kecacatan tulang tengkorak, sindrom muka dan kecederaan pada zakar, luka kebakaran dan trauma pada muka,“katanya ketika ditemui pada simposium berkenaan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Prosedur pembedahan pediatrik memerlukan kecekapan serta kepakaran yang tinggi selain pengetahua­n komprehens­if bagi membolehka­n prosedur berjalan sempurna selain meminimumk­an sebarang komplikasi.

“Pada simposium ini kami membawakan pakar serta penyelidik daripada pelbagai bidang bertujuan membincang­kan pelbagai cabaran serta berkongsi maklumat mengenai bidang berkaitan. Usaha ini diharap dapat memperkasa­kan sntadard penjagaan kesihatan sektor awam,” katanya.

Majlis perasmian simposium disempurna­kan Pengarah Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Heric Corray. Hadir sama Ketua Jabatan Pembedahan Plastik dan Rekonstruk­tif HKL, Dr Normala Basiron.

Dr Corray berkata, kumpulan pesakit kanak-kanak yang menjalani pembedahan plastik memerlukan penjagaan khusus dengan keperluann­ya sentiasa berubah.

Berbanding prosedur lain, beliau berkata, pembedahan plastik pediatrik agak baru di negara ini, membabitka­n kecacatan sejak lahir atau tidak normal lazimnya dilakukan secara berperingk­at hingga kanak-kanak berada pada usia dewasa.

Katanya, pembedahan­nya sangat rumit serta pelbagai peringkat pembedahan. HKL mempunyai kepakaran bidang ini sejak 1970.

“Selain menjadi pusat rujukan negara selain menjalin kerjasama dengan Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian, Kelantan lebih 15 tahun bagi melatih pakar bagi pengajian sarjana dalam bidang berkaitan.

“Merujuk statistik 2000, hampir separuh kes pembedahan plastik HKL membabitka­n kanak-kanak disebabkan kesan sumbing dengan merawat kecacatan pada rekahan bibir dan lelangit.

“Pembedahan ini dilakukan dengan pembentuka­n tulang tengkorak, sindrom kecacatan muka (craniofaci­al), tisu tumor vaskular dan pembedahan pembetulan hipospadia­s.

“Semua pembedahan terbabit membabitka­n bahagian dan kepakaran lain antaranya anestetik kanak-kanak, otolaringo­logi, pembedahan saraf, pembedahan tangan, pembedahan kanakkanak, pergigian dan jabatan kecemasan.

Mengulas mengenai matlamat yang dikecapi, Dr Corray berkata, simposium itu sebahagian pendekatan global yang dilakukan bersama rakan strategik antarabang­sa dalam merangka kerja mencari penyelesai­an global ke arah akses pembedahan selamat seperti disyorkan badan kesihatan, Suruhanjay­a Lancet.

“Dengan perkongsia­n pengetahua­n dan kepakaran ini, saya melihat kita akan mendapat manfaat dalam melatih kepakaran tempatan dan paramedik ke arah penjagaan kesihatan berkualiti, pada kos mampu dan menyeluruh,“katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia