Berita Harian

Bergaya dengan sniker

-

kasut sniker bukan pilihan utama, khususnya buat wanita yang begitu sinonim dengan tumit tinggi dan baji kerana beranggapa­n ia sesuai untuk aktiviti tertentu saja.

Tetapi jangan terlalu yakin kerana apabila sudah menggayaka­nnya, anda boleh ‚jatuh cinta‘ untuk menyarungn­ya setiap masa.

Sniker bukan seperti dulu kerana kini ia menawarkan rekaan keselesaan dan material berkualiti, sekali gus pelengkap kepada gaya anda.

Dalam senario semua sentiasa pantas, sniker pilihan tepat. Untuk itu, BATA tampil dengan koleksi rekaan sniker mempesona dan sesuai digayakan dalam apa sahaja acara.

Rekaan terkini sniker BATA, membuatkan anda akan kelihatan cantik dalam apa juga gaya fesyen yang dipadankan.

BATA tampil dengan kempen ‚New Arrival Every Friday‘ yang memperkena­lkan lima koleksi sniker baharu.

The Minimalist, rekaan sniker berwarna putih tidak mengecewak­an. Padankan koleksi ini dengan jeans biru atau sentuhan kasual, gaya pasti terserlah. Koleksi ini berharga, RM139 sepasang.

Koleksi Pretty Prints (RM139), memenuhi cita rasa peminat merah jambu. Penampilan kelihatan manis kerana koleksi ini didatangka­n lengkap dengan corak bunga-bungaan di bahagian tepinya.

Sniker juga boleh tampil dalam rekaan seperti kasut sukan, jadi bagi mereka yang gemar rekaan seperti itu, boleh mencuba Soft & Sweet yang dijual pada harga RM199.

Menariknya mengenai Soft & Sweet, setiap langkah anda kelihatan penuh kelembutan sejajar dengan material digunakan lembut yang memberi keselesaan.

Koleksi The Chunky selesa dan sesuai dipadankan dengan seluar atau pakaian sukan bersesuaia­n (RM149).

Sniker Multi Mix (RM 139) didatangka­n dengan material ‘mudah bernafas’, EVA untuk keselesaan, perlindung­an dan penggayaan.

Menerusi kempen, ‚New Arrival Every Friday‘ koleksi fesyen sniker akan sampai hari Jumaat, setiap minggu kepada semua kedai BATA di seluruh negara.

 ??  ?? Koleksi Soft & Sweet menggunaka­n material lembut untuk memberi keselesaan.
Koleksi Soft & Sweet menggunaka­n material lembut untuk memberi keselesaan.
 ??  ?? Koleksi The Minimalist, rekaan sederhana yang tampil dengan gaya tersendiri.
Koleksi The Minimalist, rekaan sederhana yang tampil dengan gaya tersendiri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia