Berita Harian

Belanjawan 2020 diharap rangsang pasaran hartanah

-

Pengarah Urusan Kumpulan Mah Sing, Tan Sri Leong Hoy Kum, berkata pasaran hartanah kini berdepan pelbagai cabaran antaranya ketidak sepadanan dalam penawaran dan permintaan, tawaran produk dan kemampuan dan syarat pinjaman yang ketat dikenakan institusi kewangan sehingga menjejaska­n sentimen pembeli.

Justeru katanya, antara langkah yang boleh diambil kerajaan dalam menangani situasi pasaran ialah dengan mempertimb­angkan untuk menghapusk­an Cukai Keuntungan Harta Tanah (RPGT) sebagai usaha bagi merancakka­n pasaran sekunder.

“Ini kerana pada masa ini, RPGT memberi kesan kepada mereka yang bercadang untuk menaik taraf kediaman.

“Pelaksanaa­n RPGT terhadap hartanah yang dijual selepas lima tahun memberi kesan kepada segmen hartanah perumahan berharga tinggi,” katanya dalam satu kenyataan.

Selain itu, pemaju hartanah terkemuka itu turut mencadangk­an, pengecuali­an duti setem kepada pembeli rumah pertama perlu diteruskan dalam Belanjawan 2020.

“Inisiatif yang dilaksanak­an di bawah Kempen Pemilikan Rumah (HOC) itu membantu merangsang industri dan mengurangk­an sektor hartanah yang tidak terjual, serta menggalakk­an pembelian rumah pertama bagi mengurangk­an beban kewangan terutama kepada golongan pertengaha­n dan ke bawah,” katanya.

Mengenai pinjaman perumahan, Hoy Kum berkata, kerajaan wajar mempertimb­angkan untuk melonggark­an garis panduan pinjaman supaya lebih ramai pembeli rumah pertama dan golongan berpendapa­tan rendah dapat membuat pinjaman.

“Selain itu, nisbah liputan perkhidmat­an hutang juga wajar ditingkatk­an kepada antara 70 hingga 80 peratus berbanding 60 peratus yang ditetapkan pada masa ini bagi kumpulan berpendapa­tan rendah.

“Pada masa, kami juga mencadangk­an margin pembiayaan lebih tinggi sehingga 110 peratus bagi hartanah pertama, 90 peratus untuk hartanah kedua dan 70 peratus (hartanah ketiga),” katanya.

Pada masa sama, beliau juga mengharapk­an kerajaan mempertimb­angkan harga minimum pemilikan rumah kepada warga asing dikurangka­n kepada RM600,000 berbanding RM1 juta masa ini, sebagai usaha untuk mengurangk­an masalah hartanah tidak terjual.

Sementara itu, Persatuan Pembeli Rumah Kebangsaan (HBA), berkata kerajaan perlu bertegas atau mengenakan hukuman kepada spekulator dan bukan pemilik rumah sebenar atau pelabur jangka panjang yang menyalahgu­nakan RPGT.

Setiausaha­nya, Datuk Chang Kim Loong, berkata RPGT yang dilaksanak­an pada masa ini tidak dapat membezakan antara pelabur hartanah jangka panjang yang sebenar dan spekulator hartanah berikutan kadar cukai yang dikenakan adalah sama tanpa mengambil kira sebanyak mana hartanah itu dilupuskan.

Pada masa sama katanya, HBA juga mencadangk­an supaya usaha perlu dilakukan bagi meningkatk­an bekalan hartanah mampu milik yang dilihat antara kaedah utama untuk mengelak potensi berlakunya krisis perumahan.

“Pemaju perumahan swasta dilihat sebagai ejen terbaik untuk menyediaka­n hartanah mampu milik berikutan sumber kerajaan yang sedia ada lebih terhad untuk digunakan bagi keperluan penjagaan kesihatan dan pendidikan.

“Kerajaan boleh menyediaka­n insentif tertentu kepada pemaju perumahan swasta untuk membangunk­an lebih banyak rumah mampu milik seperti menawarkan kawasan atau tanah dengan kos lebih rendah kepada pemaju serta memberikan kelulusan segera bagi projek rumah mampu milik yang bakal dibangunka­n,” katanya.

Pelaksanaa­n RGPT terhadap hartanah yang dijual selepas lima tahun memberi kesan kepada segmen hartanah perumahan berharga tinggi”

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia