Berita Harian

Regent Garden beri kebebasan pemilik rumah ‘berkarya’

-

Garden, projek pembanguna­n unit kediaman baharu di Eco Grandeur, Puncak Alam bakal dilancarka­n bulan ini dengan konsep yang memberikan kebebasan kepada pemilik rumah memilih susun atur mengikut kehendak mereka.

Konsep ‘Design To Own’ yang diperkenal­kan buat julung kalinya oleh pemaju terkemuka itu menawarkan 16 susun atur yang berbeza untuk dua jenis rumah kepada bakal pembeli.

Pengurus Besar Bahagian Eco Grandeur, Ho Kwee Hong, berkata pihaknya memperkena­lkan idea baharu itu bertujuan membolehka­n bakal pembeli memilih rumah yang sesuai dengan perkembang­an hidup mereka.

Beliau berkata, jika bakal pembeli terdiri daripada

Menerusi konsep ini, kami memberi pilihan kepada bakal pembeli untuk menentukan sendiri pilihan jumlah bilik tidur, keluasan dapur, ruang santai dan sebagainya”

keluarga kecil, mereka boleh memilih rumah dengan susun atur yang lebih kurang bilik tidur dan ruang dapur yang lebih besar.

“Menerusi konsep ini, kami memberi pilihan kepada bakal pembeli untuk menentukan sendiri pilihan jumlah bilik tidur, keluasan dapur, ruang santai dan sebagainya.

“Sebagai contoh, idea susun atur asal yang disediakan pemaju mempunyai bilik tidur di bahagian bawah tetapi jika bakal pembeli mahu ruang dapur yang lebih luas, kami tidak akan membina bilik tidur berkenaan.

“Pembinaan rumah di Regent Garden akan dibuat berdasarka­n pilihan pembeli. Ini bermaksud, setiap rumah mempunyai susun atur yang berbeza dan tidak sama dengan unit rumah di sebelahnya,” katanya kepada

semasa sesi temu bual di Galeri Jualan Eco Grandeur di Puncak Alam, Selangor baru-baru ini.

Regent Garden adalah fasa terbaru yang ditawarkan di projek pembanguna­n berkenaan selepas Graham Garden, Avenham Garden dan Norton Garden.

Harga jualan bagi seunit rumah dengan saiz 24’x55’ adalah dalam lingkungan RM600,000 dan diskaun Bumiputera turut diberikan.

Kwee Hong berkata, harga berkenaan disifatkan sebagai mampu dimiliki walaupun saiz tanah adalah lebih kecil.

“Bagaimanap­un, rumah jenis A menawarkan binaan seluas 1,580 kaki persegi manakala rumah jenis B menawarkan binaan seluas 1,610 kaki persegi,” katanya.

Eco Grandeur terletak di bahagian utara dan barat Lembah Klang dan hanya memakan masa pemanduan selama 30 minit ke Kuala Lumpur menerusi jajaran lebuh raya seperti LATAR, Guthrie dan DASH yang bakal siap tidak lama lagi.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Pembinaan rumah di Regent Garden akan dibuat berdasarka­n pilihan pembeli.
Pembinaan rumah di Regent Garden akan dibuat berdasarka­n pilihan pembeli.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia