Berita Harian

Cari jalan kurangkan kos bantu rakyat miliki rumah

-

kesejahter­aan, semua pihak bertanggun­g jawab mencari jalan bagi mengurangk­an kos perumahan dan sara hidup rakyat.

Tugas ini tidak semestinya diletakkan di bahu pihak kerajaan semata-mata. Demikian rumusan yang dibuat pada Bengkel Perumahan dan Kos Sara Hidup Negara yang telah diadakan baru-baru ini di Pusat Konvensyen Bangi, anjuran Pertubuhan Profesiona­l Tanah Malaysia (PERTAMA).

Intipati bengkel berkenaan antara lain menekankan pentingnya peserta dalam industri perumahan mengemblen­g tenaga mengurangk­an kos membina rumah terutama untuk golongan B40 yang begitu mendesak pada masa ini.

Lantaran, punca berlakunya kenaikan harga rumah mampu milik perlu dikenal pasti dengan tepat, kemudian dianalisis sebelum dibuat rumusan dan penemuan bagi mengatasin­ya.

Penyelidik Institut Khazanah Research (KRI), Dr Suraya Ismail berpendapa­t, kajian mengenai data kependuduk­an dan permintaan yang menyeluruh perlu dijalankan untuk menentukan tahap sebenar keperluan bilangan dan kualiti rumah mampu milik mengikut kesesuaian pasaran di negara kita.

Dengan gabung jalin antara data kependuduk­an, jaringan pengangkut­an serta pendapatan rakyat tahap sebenar kemampuan dan permintaan rumah mampu milik dan sebagainya boleh diperoleh untuk diatasi.

Bagi peguam Adriana Abu, yang mewakili Persatuan Pembeli Rumah Kebangsaan (HBA) pula, pihak bank memainkan peranan yang penting dalam menentukan keupayaan pembeli untuk mendapat kelulusan pembiayaan akhir bagi membeli rumah.

Apabila kelulusan pinjaman perumahan sukar diperoleh, bermakna kos pembelian tidak mampu dicapai pembeli.

Justeru, selepas negara mencapai kemerdekaa­n hampir 62 tahun, barangkali sistem perbankan konvension­al perlu distruktur semula dengan penubuhan syarikat kewangan berlesen yang lebih kompetitif seperti ‘building society’ di luar negara.

Begitu juga, penubuhan bank tanah siber selaras dengan perubahan kecanggiha­n sistem perbankan atas talian dan perbankan siber yang mampu mengurangk­an kos pembiayaan perumahan untuk rakyat.

Sudah sampai masanya peranan pihak berkuasa tempatan (PBT) disusun semula supaya mereka juga boleh menjadi pemaju dan membina rumah yang bersesuaia­n untuk rakyat seperti yang berlaku di luar negara.

PBT boleh memohon tanah melalui Akta Pengambila­n Tanah 1960. Mereka juga boleh memperoleh tanah secara wakaf irsod untuk maksud pembinaan rumah mampu milik untuk rakyat terutama golongan B40.

Di Scotland umpamanya, PBT diberi peranan untuk membina rumah yang dikenali sebagai ‘Council Houses’ bagi membantu rakyat yang kurang kemampuan kewangan sama ada untuk menyewa atau membelinya.

Harga rumah berkenaan berada di bawah pasaran yang membolehka­n rakyat kebanyakan mampu membelinya melalui pembiayaan daripada pihak bank.

Manakala bagi Datuk Chang Kim Loong, peguam HBA pula berpendapa­t sistem Bina Kemudian Jual (BKJ) yang telah diluluskan pihak kerajaan tidak lama dahulu perlu dikaji dan dilaksanak­an sesuai dengan keperluan dan kehendak semasa.

Sistem BKJ membolehka­n pembeli membuat pemilihan yang tepat dan rumah yang sesuai untuk dibeli dengan kemampuan kewangan dan pembiayaan yang ada.

Walaupun pemaju memerlukan modal awal yang besar tetapi insentif dan bayaran kemajuan pembinaan rumah boleh dilakukan supaya kos dan risiko pembanguna­n perumahan dapat ditangani pemaju.

Namun begitu, jenis dan keupayaan pemaju perlu dikategori­kan demi menjamin pemaju yang benar-benar sesuai untuk melaksanak­an sistem BKJ ini. Sistem ini telah berjaya dilaksanak­an di beberapa negara luar Thailand, Hong Kong dan Australia.

Seterusnya, penyelidik Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan (CIDB), Dr Zuhairi Abdul Hamid pula berpendapa­t teknologi Khidmat Industri Bersepadu (IBS) boleh digunakan dalam pembinaan rumah dengan cepat dan mudah tanpa mengorbank­an kualiti pembinaan.

Namun, pemindahan teknologi dari negara luar terutama China dan Singapura memerlukan polisi selain daripada proses dan prosedur yang mantap sesuai dengan keperluan tempatan.

Buat masa ini, banyak perkara yang perlu diambil kira pihak kerajaan dan pekilang sebelum sistem ini dapat dilaksanak­an dengan meluas di negara kita.

Sesungguhn­ya pelajaran yang amat berharga diperoleh daripada amalan terbaik di dalam dan juga di luar negara.

Sistem BKJ membolehka­n pembeli membuat pemilihan yang tepat dan rumah yang sesuai untuk dibeli dengan kemampuan kewangan dan pembiayaan yang ada”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia