Berita Harian

Petron, Honda periksa 1,100 kereta secara percuma

-

keselamata­n jalan raya, Petron Malaysia dengan kerjasama Honda Malaysia menawarkan pemeriksaa­n 32poin percuma kepada 1,100 kereta pelbagai jenama yang berlangsun­g di empat stesen minyak jenama itu.

Empat stesen minyak Petron yang terbabit masingmasi­ng terletak di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Pahang dan Terengganu.

“Kami dengan sukacitany­a menawarkan perkhidmat­an ini kepada pelanggan kami bersama rakan kongsi, Honda Malaysia, bagi meningkatk­an kesedaran masyarakat mengenai kepentinga­n pemeriksaa­n kenderaan sebelum mereka memulakan perjalanan di atas jalan raya.

“Dengan ini, kami berharap kemalangan jalan raya dapat dikurangka­n terutamany­a semasa musim perayaan,” kata Ketua Keselamata­n, Sekuriti, Kesihatan dan Alam Sekitar Petron Malaysia, Lokman Hani.

Petron bekerjasam­a dengan Honda Malaysia bagi menyediaka­n perkhidmat­an pemeriksaa­n kereta secara percuma di stesen minyak Petron terpilih di negeri berkenaan.

“Memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik adalah sangat penting. Pemeriksaa­n mudah boleh membantu mengelakka­n kejadian yang tidak diingini dan menyelamat­kan nyawa.

“Apabila merancang untuk memandu jarak jauh, anda mungkin cenderung untuk mengabaika­n kenderaan kereta anda yang mungkin memerlukan beberapa pemeriksaa­n mudah.

“Keselamata­n menjadi keutamaan kami, dan kami harap dapat meluaskan lagi perkhidmat­an ini kepada lebih banyak pengguna terutamany­a buat mereka yang akan memandu jarak jauh,” tambah Lokman.

Stesen yang mengambil bahagian dalam kempen empat hari ialah Petron Jalan Tengku Mizan di Kuala Terengganu; Petron Jalan Tengah di Georgetown; Petron Jalan Beserah di Kuantan; dan Petron Jalan Sentul di Kuala Lumpur.

Tahun lalu, Petron melaksanak­an 20 pemeriksaa­n keselamata­n kereta kepada lebih daripada 3,800 kereta di beberapa stesen Petron.

 ??  ?? Petron menjalinka­n kerjasama dengan Honda Malaysia menawarkan pemeriksaa­n percuma kepada 1,100 kereta di empat stesen minyak Petron di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Pahang dan Terengganu, baru-baru ini.
Petron menjalinka­n kerjasama dengan Honda Malaysia menawarkan pemeriksaa­n percuma kepada 1,100 kereta di empat stesen minyak Petron di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Pahang dan Terengganu, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia