Berita Harian

Terbalikka­n bot demi cabaran banjir

-

keadaan tidak terduga, sekali gus mengundang kejadian lebih teruk, menyebabka­n fungsi pasukan bomba dan penyelamat sentiasa penting.

Operasi menyelamat mangsa banjir pada waktu malam adalah antara tugasan yang mencabar, terutama apabila penugasan dilakukan dalam keadaan gelap.

Anggota bomba bukan sahaja harus cekap menangani keadaan, sebaliknya mereka perlu mahir dalam mengendali­kan bot penyelamat.

Menyedari hakikat itu, 45 anggota dari semua balai bomba dan penyelamat (BBP) seluruh Kelantan mengikuti Kursus Pengendali­an Pemanduan Bot Menyelamat di BBP Pengkalan Kubor, Tumpat, baru-baru ini.

Kursus tiga hari bermula 10 September lalu itu merangkumi teori serta praktikal yang dijalankan di sepanjang Sungai Golok bermula dari Pengkalan Kubor sehingga Rantau Panjang.

Ketua Cawangan Logistik Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Penolong Kanan Penguasa Bomba Che Fauzi Che Omar, berkata dari segi teori, peserta berpeluang mengenali jenis bot, enjin, komponen bot, cara penggunaan tali untuk menyelamat dan cara melabuhkan bot.

“Pada hari kedua, bermulalah cabaran untuk anggota menyesuaik­an diri dalam keadaan sebenar jika terbabit dalam operasi menyelamat.

“Bukan sahaja diberi peluang memandu bot penyelamat, peserta juga diajar teknik mengelak halangan, membuat pusingan 360 darjah dan 'pusingan 8'. Sebanyak tujuh bot digunakan sepanjang kursus.

“Peserta juga didedahkan mengenai cara menyesuaik­an diri dalam air iaitu menerusi sesi 'water confident' yang mana anggota memantapka­n skil menyelamat­kan diri sekiranya terjatuh dari bot sementara menunggu pasukan penyelamat tiba,” katanya ketika ditemui di sini.

Teknik menghadapi kejadian yang tidak terduga turut dimasukkan dalam sesi kursus iaitu teknik pemanduan satu hala, cara menangani bot terbalik dan kaedah memindahka­n mangsa banjir ketika bot masih bergerak.

Menjelang malam, peserta didedahkan pengalaman mengendali bot dalam situasi sebenar dan ia dilakukan di sekitar Sungai Golok, Rantau Panjang.

Che Fauzi berkata, sesi itu sangat penting kerana negara kini sudah menghampir­i musim tengkujuh.

 ??  ?? Ana Wansuhana Abdul Rahim,
Ana Wansuhana Abdul Rahim,
 ??  ?? Sebahagian 45 peserta melakukan teknik menyelamat mangsa di dalam air.
Sebahagian 45 peserta melakukan teknik menyelamat mangsa di dalam air.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia