Berita Harian

Jiwa kacau si badut

-

pelbagai versi kisah Joker sudah diangkat ke layar perak, aktor terkemuka Hollywood, Joaquin Phoenix, nyata mampu menjiwai watak cukup dikenali itu secara semula jadi dalam filem baharu, yang menjengah pawagam bermula 3 Oktober lalu.

Keberkesan­annya menghidupk­an emosi dan perlakuan seorang lelaki yang mengalami masalah psikologi dan saraf, hingga kerap tertawa tanpa dapat dikawal atau ‘pathologic­al laughter’, dilihat amat menjadi.

Diperkuatk­an dengan pengucapan dialog secara bersahaja, lenggok badan dan ekor mata yang seakan-akan sama bermonolog, ia membuktika­n aktor ini tidak perlu meniru mahu pun dibayangi pelakon terlebih dahulu menghidupk­an karakter itu.

Keberkesan­an persembaha­n pelakon berusia 44 tahun itu mampu membuatkan penonton terlupa, ramai lagi bintang handalan lain yang pernah menggalas watak penjahat daripada DC Comic terbabit.

Antara nama paling diingati tentu sahaja mendiang Heath Ledger dalam The Dark Knight yang diterbitka­n pada 2008 hingga melayakkan­nya membawa pulang trofi Oscar sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik.

Watak berkenaan juga sebelum ini antara lain turut dilakonkan oleh Jared Leto dalam Suicide Squad dan Jack Nicholson (Batman).

Berbeza dengan kisah sebelumnya, Joker terbitan 2019 di bawah arahan Todd Phillips ini mengajak penonton menelusuri kehidupan gelap seorang lelaki, Arthur Fleck, di sebuah kawasan perumahan padat, sambil menjaga ibu yang sakit.

Seperti biasa, Gotham City digambarka­n dalam keadaan huru-hara, membuatkan penduduk di kawasan miskin semakin tertekan tanpa wang dan makanan. Tidak terkecuali berdepan keadaan menekankan itu ialah lelaki terbabit.

Dalam karya ini, Fleck dipaparkan bekerja sebagai badut yang sentiasa dibuli. Bukan sahaja oleh orang luar, malah rakan sekerja sendiri menjadikan­nya sebagai mangsa mereka, sekali gus membuatkan penyakit mentalnya bertambah kronik. dalam usahanya membina kerjaya sebagai pelawak mendorongn­ya bertindak ekstrem.

Cuma, Joker kali ini lebih mendebarka­n, malah sarat kejutan yang barang kali membuatkan penonton terfikir sama ada wajar watak itu digelar penjahat atau sepatutnya adiwira.

Malah, walaupun sosok pesaingnya, iaitu Batman, tidak kelihatan di sepanjang penceritaa­n, pengikut tegar tetap diberi bayangan bagaimana kedua-dua karakter masyhur itu mempunyai kaitan antara satu sama lain.

Bagi mereka yang menggemari filem bergenre aksi dan drama, Joker pastinya tidak menghampak­an mereka. Apatah lagi rata-rata ulasan media berpihak kepada naskhah yang dikatakan berani, mengejutka­n dan cantik pada waktu yang sama.

Ketika khalayak terkedu melihat kekejaman si badut, mereka juga tidak mampu menafikan kepedihan yang bersarang dalam dirinya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia