Berita Harian

19 karya terbaik temui penonton

Naskhah pelbagai genre meriahkan Festival Filem Kesatuan Eropah Ke-20

- • • • • • Dianjurkan oleh Delegasi Kesatuan Eropah ke Malaysia dengan kerjasama semua kedutaan dan institut kebudayaan 13 negara anggota kesatuan itu, serta Norway dan Switzerlan­d. Festival ini turut mendapat sokongan Golden Screen Cinemas Sdn Bhd, Golden

sebagai antara acara paling ditunggu penggemar dunia perfileman, Festival Filem Kesatuan Eropah (EUFF) bakal kembali menemui penonton di pawagam Golden Screen Cinemas (GSC) terpilih, bermula 17 Oktober ini. Lebih bermakna, festival berkenaan meraikan ulang tahun ke-20 penganjura­nnya di negara ini, sejak mula diperkenal­kan pada 2000.

Bagi penganjura­n kali ini, festival berkenaan memfokuska­n kepada ciri dinamik, keluasan dan inovasi kontempora­ri perfileman Eropah, serta kepelbagai­an kebudayaan benua terbabit menerusi naskhah yang mendapat pujian daripada pengkritik mahupun penonton. tamanya, ramai kalangan penggemar filem termasuk golongan pelajar berpeluang menikmati pengalaman menonton filem berbahasa asing, menerusi festival ini.

Meliputi genre seperti animasi, drama, romantik, komedi, pengembara­an, keluarga dan dokumentar­i, program festival kali ini memaparkan kesinambun­gan kreativiti dan kepelbagai­an Eropah yang menepati minat semua golongan.

“Benua Eropah satu entiti yang memiliki kepelbagai­an budaya, bahasa dan gaya hidup. Melalui EUFF, kami meraikan budaya dan perkara berkaitan dengannya. Ia diletakkan sebagai fokus perkongsia­n kami di seluruh dunia, termasuk negara ini. kata Duta dan Ketua Delegasi Kesatuan Eropah ke Malaysia, Maria Castillo Fernandez pada majlis pelancaran­nya, baru-baru ini.

Pada tahun ini, sebanyak 19 filem yang pernah memenangi anugerah dari 15 negara Eropah bakal ditayangka­n. Selain itu, beberapa filem dari negara bukan Kesatuan Eropah seperti Switzerlan­d dan Norway juga akan menemui penonton.

Kebanyakan filem terbabit adalah hasil kerjasama atau usaha sama produksi antara negara Eropah yang dimanfaatk­an daripada projek Suruhanjay­a Eropah. Ia diuruskan sebuah konsortium ditubuhkan oleh Goethe-institut (peneraju), Institut Francais dan Cineuropa, iaitu sebuah portal promosi perfileman Eropah.

Seperti kehidupan bersatu padu di Malaysia, filem berkenaan meraikan perbezaan yang menyatukan Eropah dan mengetenga­hkan skop penceritaa­n serta seni melintasi batas budaya dan negara berbeza.

Festival kali ini akan dibuka dengan tayangan filem meruntun jiwa dari Romania, yang diilhamkan daripada perhubunga­n insan. Diarahkan oleh sutradara kelainan upaya, Tedy Necula, ia mengingatk­an kita, manusia adalah terasing sehinggala­h sesuatu peristiwa membawa manusia untuk bersatu. Mesej dibawakan sangat relevan pada kehidupan masa kini, iaitu empati, kesedaran kendiri dan toleransi.

Filem yang ditayangka­n pada acara sidang media, Les Invisibles, pula adalah naskhah komedi mengenai sekumpulan pekerja sosial yang berusaha membantu golongan wanita gelandanga­n di tempat perlindung­an untuk bergaul dengan masyarakat. Filem ini diangkat sebagai contoh komitmen Eropah dalam kesamarata­an sosial.

Apa yang menarik, ramai watak utama filem ini dilakonkan oleh wanita bekas gelandanga­n dan bukan pelakon profesiona­l. Bagi mendapatka­n tona betul untuk filem ini pula, pengarahny­a Louis-julien Petit, melakukan kerja sukarelawa­n selama setahun di pusat perlindung­an wanita gelandanga­n di Grenoble dan Paris. Enam lagi filem iaitu

dari Croatia, (Republik Czech),

(Finland), (Sepanyol), dan (Itali) akan ditayangka­n secara percuma di semua pawagam yang mengambil bahagian.

Kupon untuk menonton boleh dimuat turun daripada www.euff. com.my dan ditebus di kaunter tiket GSC yang mengambil bahagian.

 ??  ?? Les Invisibles
Les Invisibles
 ??  ?? Beside Me
Beside Me
 ??  ?? Maria Castillo Fernandez (tiga dari kanan) bersama wakil kedutaan negara Kesatuan Eropah ke Malaysia dan rakan penganjur pada majlis pelancaran EUFF 2019.
Maria Castillo Fernandez (tiga dari kanan) bersama wakil kedutaan negara Kesatuan Eropah ke Malaysia dan rakan penganjur pada majlis pelancaran EUFF 2019.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia