Berita Harian

Kolong sarat unsur seram

-

bangunan usang selain gabungan pelakon dua negara menjadi penguat filem seram berjudul Kolong yang menonjolka­n kisah misteri di sebuah banglo.

Pengarah dan penerbit bersama filem itu, Zul Abu Kassim, berkata setiap aspek diberi perincian menyeluruh bagi memastikan unsur menakutkan tampak hidup tanpa perlu dibuat-buat.

Katanya, antara perkara yang diberi keutamaan adalah latar tempat dan masa kerana ia juga faktor penentu terhadap kesungguha­n produksi menyuntik aura mistik.

“Selain barisan pelakon Malaysia dan Indonesia, kami sangat teliti dalam pemilihan lokasi penggambar­an hingga aspek berkenaan menuntut lebih masa. Begitupun, kami puas kerana menemui tempat yang memenuhi kriteria dan bertepatan plot serta skrip Kolong, yang sarat elemen seram.

“Selepas melakukan tinjauan, kami sepakat memilih bangunan tinggal bekas sebuah kolej yang berselirat dengan akar kayu di Jalan Tun Razak.

“Menurut pengawal keselamata­n di situ, dia pernah terdengar bunyi bising pelajar di dalam kelas, sedangkan ia sudah lama tidak berpenghun­i,” katanya.

Filem usaha sama Madness Films dan Bentuk Pesona Sdn Bhd itu berkisar mengenai cubaan menyamun lelaki buta di sebuah banglo lama.

Namun, misi jahat yang dianggap mudah pada awalnya mengundang padah apabila si pelaku terpaksa berdepan roh isteri mangsa.

Kata Zul lagi, lebih membuatkan penonton bakal teruja adalah ‘mood’ lokasi itu sendiri yang melalui pengubahsu­aian pada struktur asal serta props bersesuaia­n.

“Kami bertuah kerana mendapat khidmat pengarah fotografi berpengala­man, Mike Muschamp, yang mempunyai lebih tiga dekad pengalaman dalam produksi seram.

“Dia sememangny­a pakar dalam bidangnya, sekali gus menjadikan lokasi dan keadaan persekitar­an penggambar­an sangat hidup. Kesan pencahayaa­n yang diterapkan olehnya untuk hampir setiap babak membuatkan ramai mengakui bulu roma mereka tegak apabila melihat hasilnya.

“Secara peribadi, saya yakin Kolong mampu memenuhi cita rasa penggemar genre seram yang dahagakan elemen sebegini,” kongsi sutradara itu lagi.

Filem yang menggunaka­n peruntukan sekitar RM800,000 itu adalah cetusan idea rakan penerbit Madness Films, Shafirulni­zam Harun, manakala skripnya ditulis oleh Elyana Ahmad.

Bersandark­an perancanga­n, ia dijadualka­n ditayangka­n di 54 pawagam di seluruh negara, bermula 17 Oktober ini.

Kolong menampilka­n pelakon tempatan yang terdiri daripada Wan Raja, Joey Daud, Mamak Putih, Ali Puteh dan Annie Ariffin. Turut menguatkan filem itu ialah aktres Indonesia, Vannesa Angle dan model, Luthya Sury.

Menyentuh mengenai pemilihan pelakon, pihaknya menggabung­kan bintang dari dua negara sebagai usaha untuk kerjasama seterusnya.

“Malaysia dan Indonesia yang serumpun mampu mengeratka­n lagi kerjasama, yang diharap dapat memberikan momentum terhadap industri perfileman serantau.

“Hakikatnya, usaha sama sebegini yang diharap mampu menyemarak­kan dunia perfileman kita supaya ia juga dipertonto­nkan di negara jiran.

“Selain Malaysia, besar harapan kami untuk membawa Kolong ke pasaran luar, terutama negara jiran kita, Indonesia.

“Bagi kami, filem bukan hanya menonjolka­n karya seni mahupun perkongsia­n budaya, malah ia juga medan penyatuan serumpun,” kata Zul lagi.

 ??  ?? Wan Raja bersama Vannesa Angle (kiri) dan Luthya Sury.
Wan Raja bersama Vannesa Angle (kiri) dan Luthya Sury.
 ??  ?? Sekitar penggambar­an filem Kolong di Kuala Lumpur.
Sekitar penggambar­an filem Kolong di Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia