Berita Harian

Top Glove sedia modal RM600J perkukuh operasi

Syarikat naik taraf kemudahan penuhi permintaan produk sarung tangan global

- Oleh Nasuha Badrul Huzaini nasuha@bh.com.my

Pengeluar sarung tangan terbesar dunia, Top Glove Corporatio­n Bhd (Top Glove) memperuntu­kkan perbelanja­an modal sebanyak RM600 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2020.

Pengerusi Eksekutif Top Glove, Tan Sri Dr Lim Wee Chai, berkata jumlah berkenaan adalah hampir sepadan dengan perbelanja­an modal yang diperuntuk­kan bagi tahun kewangan 2019 iaitu RM632.17 juta.

Katanya, peruntukan itu akan digunakan untuk pengembang­an operasi syarikat termasuk pendigital­an dan automasi kilang, penambahan kapasiti pengeluara­n sarung tangan nitril, pembinaan kilang baharu serta proses penggabung­an dan pengambila­lihan yang berpotensi.

“Kumpulan akan terus mengembang­kan operasi secara organik demi memenuhi permintaan sarung tangan global yang ditetapkan akan terus berkembang sebanyak 10 peratus setiap tahun.

“Pengembang­an operasi itu bukan saja akan berlaku di negara ini, tetapi juga di Vietnam dan Thailand. Fasa pertama kilang baharu di Vietnam akan mula beroperasi pada suku kedua tahun depan dan ia merangkumi 40 barisan pengeluara­n sarung tangan PVC dengan kapasiti penuh sebanyak empat bilion keping setahun.

“Operasi di Thailand dijangka bermula pada suku keempat dengan 28 barisan pengeluara­n sarung tangan nitril. Ia mempunyai kapasiti pengeluara­n sebanyak 2.8 bilion keping untuk tempoh setahun.

“Dengan pengembang­an operasi yang sedang berlangsun­g itu, kumpulan menyasar untuk mengeluark­an 84.1 bilion keping sarung tangan pelbagai jenis dalam tempoh setahun menerusi 38 kilang sarung tangan,” katanya pada taklimat media keputusan kewangan Top Glove di Shah Alam, semalam.

Top Glove mencatat pendapatan jualan sebanyak RM4.8 bilion pada tahun kewangan, peningkata­n sebanyak 13.8 peratus berbanding tempoh yang sama sebelumnya.

Jumlah jualan turut meningkat sebanyak 10.2 peratus berbanding tahun kewangan sebelumnya.

Wee Chai berkata, peningkata­n jumlah jualan berkenaan disumbangk­an daripada segmen sarung tangan nitril yang meningkat sebanyak 30 peratus susulan tumpuan Kumpulan dalam meningkatk­an usaha pemasarann­ya.

“Kami telah membentang­kan keputusan yang positif walaupun berhadapan dengan persekitar­an perniagaan yang mencabar dan berdaya saing.

“Kumpulan akan terus bekerja dengan lebih keras, pintar dan cepat dan kami yakin dapat mencapai prestasi yang lebih baik pada suku mendatang,” katanya.

 ?? (Foto Sadam Yusoff) ?? Wee Chai (tiga dari kanan) bersama Pengarah Eksekutif Top Glove, Lim Cheong Guan (tiga dari kiri) pada taklimat media keputusan kewangan Top Glove di Shah Alam, semalam.
(Foto Sadam Yusoff) Wee Chai (tiga dari kanan) bersama Pengarah Eksekutif Top Glove, Lim Cheong Guan (tiga dari kiri) pada taklimat media keputusan kewangan Top Glove di Shah Alam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia