Berita Harian

GPP rangka pelan strategik tarik minat pelabur

-

GPP Resources Bhd (GPP) merangka beberapa pelan strategik untuk dilaksanak­an pada masa depan, yang dijangka mampu menarik minat pelabur dan menaikkan harga sahamnya.

Peserta industri tenaga hijau memulakan dagangan sulungnya di Pasaran LEAP Bursa Malaysia semalam dengan mencatatka­n premium setengah sen.

Ketika dagangan dibuka, saham GPP naik kepada 28.5 sen berbanding harga rujukan 28 sen sebelum ini, dengan 20,000 saham bertukar tangan berbanding keseluruha­n 15.60 juta saham baharu yang ditawarkan untuk transaksi.

Pengarah Eksekutifn­ya, Wee Lok Hain, berkata syarikat berpuas hati dengan premium setengah sen dicatat pada pembukaan dagangan sulungnya itu, lebih-lebih lagi ketika persekitar­an pasaran tidak menentu.

“Antara strategi syarikat adalah meneroka pasaran yang lebih luas dengan membangunk­an produk baharu berkaitan batang kelapa sawit (OPT).

“Bahkan, syarikat juga sedang meneroka potensi melaksanak­an model perniagaan binaoperas­i-miliki jana kuasa gas bio untuk menjana elektrik dengan memanfaatk­an produk sampingan sawit,” katanya kepada media pada majlis penyenarai­an syarikat di Kuala Lumpur, semalam.

Ketika ini, GPP terbabit dalam perniagaan penjanaan tenaga boleh diperbahar­ui menggunaka­n biomas sawit membabitka­n penyediaan perkhidmat­an kejurutera­an, pemeroleha­n, pembinaan dan pentauliah­an.

Kumpulan itu turut terbabit dalam pengeluara­n, pengilanga­n dan penjualan produk OPT seperti papan lapis daripada batang kelapa sawit.

Sementara itu, Pengerusi Eksekutifn­ya, Tan Tiam Aik berkata kumpulan menyasarka­n untuk menjadi pengeluar produk OPT utama di Malaysia untuk pasaran tempatan dan eksport.

Katanya, langkah itu bertujuan memanfaatk­an pertumbuha­n industri sawit negara untuk menjana pertumbuha­n pendapatan kumpulan dengan mengubah bahan sampingan sawit kepada perniagaan.

 ?? (Foto Muhd Zaaba Zakeria) ?? Tiam Aik (kanan) bersama Lok Hain pada majlis penyenarai­an GPP Resources Bhd di Kuala Lumpur, semalam.
(Foto Muhd Zaaba Zakeria) Tiam Aik (kanan) bersama Lok Hain pada majlis penyenarai­an GPP Resources Bhd di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia