Berita Harian

Pengeluara­n CKD model ketiga Mazda dipercepat

Bermaz Auto, rakan kongsi perlu RM200J naik taraf kemudahan di Kulim

- Oleh Suffian A Bakar suffian@bh.com.my

Pemasang dan pengedar kenderaan jenama Mazda di Malaysia, Bermaz Auto Bhd sedang berunding dengan Mazda Motor Corporatio­n dari Jepun bagi mempercepa­tkan proses untuk membolehka­nnya mengeluark­an model ketiga kenderaan Mazda secara pemasangan tempatan (CKD).

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Lee Kok Chuan, berkata pengukuhan nilai yen Jepun berbanding ringgit memberi kesan kepada margin keuntungan kasar kumpulan itu dan ini mendorong pihak pengurusan untuk menyegerak­an keutamaan lebih khusus kepada program CKD.

Beliau berkata, Bermaz Auto sedang mempertimb­angkan dua model bagi pemasangan ketiga secara CKD itu.

“Mereka (Mazda Motor Corporatio­n) mahukan model ketiga dibuat secara pemasangan CKD di Malaysia.

“Ia mungkin SUV model CX30 atau mungkin juga model yang baharu sepenuhnya,” katanya selepas Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) syarikat itu di Kuala Lumpur, semalam.

Selepas mengeluark­an model CX-5 dan CX-8 secara CKD, Bermaz Auto dan rakan kongsinya perlu membuat pelaburan tambahan bagi merealisas­ikan pemasangan model baharu itu.

Menurut penganalis­is di Affin Hwang Capital, Bermaz Auto dan rakan kongsinya memerlukan sekitar RM200 juta untuk menaik taraf kemudahan pengeluara­n Inokom Corp Sdn Bhd di Kulim, yang akan menyaksika­n kapasitiny­a ditingkatk­an daripada 30,000 unit kepada 50,000 unit setahun.

Ditanya sama ada Bermaz Auto dapat mengekalka­n pretasi kewangan cemerlang 2019 bagi tahun ini, Kok Chuan berkata adalah amat mencabar bagi syarikat itu untuk mengekalka­n prestasi kewangan tahun kewangan yang sebahagian­nya disokong pelepasan cukai atau cuti cukai.

Affin Hwang Capital menjangka jumlah jualan Bermaz Auto akan menyederha­na dalam tahun kewangan disebabkan persaingan bagi Mazda CX-5 daripada Proton X70.

Bagaimanap­un, Kok Chuan berkata Bermaz Auto tidak melihat PROTON sebagai pesaing Mazda kerana kedua-dua model itu bersaing dalam segmen yang berbeza.

“Mazda bersaing dalam segmen yang lebih premier,” katanya.

Untung bersih Bermaz Auto melonjak 89.5 peratus kepada RM265.26 juta dalam tahun kewangan berakhir April 30 2019.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia