Berita Harian

HDS tambah nilai hadiah wang tunai kepada RM300,000

-

Home Direct Shopping Sdn Bhd (HDS) meningkatk­an jumlah wang tunai yang dimenangi untuk pemenang hadiah utama kepada RM300,000, berbanding RM150,000 sebelum ini melalui Kempen Kecilan Kedua.

Ia sebahagian daripada Kempen Utama Best Products Ke-20 yang berlangsun­g selama enam bulan.

Ketua Pegawai Eksekutif HDS, Chew Mei Ling, berkata seramai lima pemenang telah menerima ganjaran masingmasi­ng.

“Buat julung kalinya kami menawarkan hadiah wang tunai RM300,000.

"Setelah pelbagai usaha keras yang dilakukan selama empat tahun beroperasi, tahun 2019 ini adalah tahun paling bermakna bagi semua warga HDS kerana penghargaa­n ini dapat diteruskan dengan lebih meriah buat pelanggan Best Products kami,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada sesi penyerahan hadiah yang diadakan pada 26 September lalu, pemenang turut berpeluang beramah mesra dengan selebriti dan duta Best Products iaitu Datuk Jalaludin Hassan, Ramlah Ram dan Norman Hakim.

Pemenang Hadiah Utama Kempen Promosi Ke-20 yang membawa pulang RM300,000 adalah Mahamad Najib Abd Aziz.

Pemenang Hadiah Pertama Kempen Kecilan Kedua Yang Ke-20 diserahkan kepada Zawiyah Mat manakala, pemenang Hadiah Kedua Kempen Kecilan Kedua Yang Ke-20 ialah Siti Hawa Mohamed.

Mei Ling berkata, pihaknya sentiasa menghargai sokongan dan kesetiaan berterusan yang diberikan oleh pelanggan.

“Sehingga kini, lebih dari RM4.18 juta telah diagihkan kepada pemenang kempenkemp­en Best Products sejak mula beroperasi pada 2015.

“Sehingga kini, 20 kempen promosi telah dijalankan dan kempen pada kali ini adalah yang paling bermakna buat kami semua,” katanya.

Kempen Best Products yang Ke-21 sedang berlangsun­g dan akan berakhir pada Februari 2020.

Peserta yang menyertai kempen ini berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah lumayan atau wang tunai berjumlah RM300,000, RM50,000 dan RM3,999.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia