Berita Harian

Honda panggil semula 23,476 kenderaan

-

Honda Malaysia memanggil semula 23,476 unit kenderaan yang sebelum ini dipanggil untuk menukar pengepam beg udara Takata bahagian hadapan.

Pengeluar jenama terkemuka Jepun itu dalam kenyataann­ya berkata, antara model yang terbabit dengan panggilan bagi penukaran pengepam beg udara Takata pemandu hadapan ialah Civic yang dikeluarka­n pada 2006 hingga 2007 dan 2009 hingga 2011; CR-V (2007 - 2008 & 2010 - 2011); Stream (2010 & 2012); Insight (2011 - 2012); City (2009 2013); dan Jazz (2012 - 2013).

“Bagi pertukaran pengepam beg udara Takata untuk bahagian penumpang hadapan pula, model yang terbabit ialah Accord (2003 & 2005 - 2006, 2008 2009 & 2011 - 2012); Stream (2003 - 2005); CR-V (2002 - 2009); Jazz (2003 - 2007, 2009 & 2012); City (2003 - 2009); dan Civic (2003 2011),” katanya.

Honda Malaysia berkata, kos bagi menukar pengepam beg udara Takata itu adalah percuma dan ditanggung oleh syarikat berkenaan.

“Kami memohon maaf di atas kesulitan yang dihadapi. Keselamata­n pelanggan kami sentiasa menjadi keutamaan Honda Malaysia,” katanya.

Honda Malaysia menegaskan model semasa yang dijual kepada pelanggan domestik tidak terjejas dan syarikat akan terus mengawal ketat dan telus bagi memastikan keselamata­n pelanggann­ya.

“Pelanggan yang terjejas akan menerima surat makluman daripada Honda Malaysia membabitka­n butiran panggilan semula dan kesediaan stok.

“Kami menasihatk­an pelanggan yang menerima surat makluman itu menghantar kenderaan mereka di mana-mana 95 cawangan pusat servis Honda berdaftar untuk pemeriksaa­n dan penukaran.

“Stok bagi penggantia­n pengepam beg udara Takata bahagian hadapan boleh didapati secara berperingk­at dan kami akan memastikan kesediaan sepenuhnya stok berkenaan dalam jangka masa singkat,” katanya.

 ??  ?? Honda City adalah antara model yang dipanggil semula untuk penukaran pengepam beg udara Takata.
Honda City adalah antara model yang dipanggil semula untuk penukaran pengepam beg udara Takata.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia