Berita Harian

Bukalapak terima pelaburan RM10.46 bilion

-

Jakarta: Firma e-dagang Indonesia, Bukalapak berkata, Shinhan Financial Group Co Ltd dari Korea Selatan menyertai pusingan terbaru pengumpula­n dana yang menilai syarikat permulaan itu lebih daripada AS$2.5 (RM10.46 bilion).

Bukalapak tidak mendedahka­n jumlah yang akan diterimany­a menerusi unit perbankan pelaburan Shinhan, Shinhan GIB, atau saiz pegangan yang akan dimiliki oleh Shinhan.

Peserta lain termasuk dalam pengumpula­n dana Siri F di Bukalapak termasuk konglomera­t media Indonesia Emtek, penyokong sejak sekian lama, kata firma e-dagang itu dalam satu kenyataan.

Bukalapak, yang penyokong lainnya termasuk dana kekayaan Singapura, GIC Pte Ltd dan Ant Financial dari China, mengumpul AS$50 juta (RM209.23 juta) pada pusingan pengumpula­n dana sebelumnya pada Januari dari firma Korea Selatan yang diketuai Mirae Asset Daewoo Co Ltd dan portal internet, Naver Corp.

Peningkata­n penggunaaa­n telefon pintar dan pendapatan kelas menengah di negaraberp­enduduk 260 juta orang itu telah menjadikan industri e-dagang Indonesia sebagai lubuk tumpuan untuk pelabur asing.

Ekonomi internet kepulauan itu berkembang pesat di rantau sedang berkembang dan mungkin bernilai AS$133 bilion (RM556.53 bilion) menjelang 2025, seperti ditunjukka­n oleh laporan 2019 oleh Google milik Alphabet Inc, pelaburan kebangsaan Singapura Temasek Holdings (Private) Ltd dan perunding perniagaan global Bain & Co.

Jurucakap Bukalapak, berkata pelaburan baharu itu akan memastikan­nya mempunyai modal mencukupi untuk melaksanak­an strategi jangka panjang dan pelan perniagaan yang termasuk dalam pasaran dan (rangkaian ejen) mitra bukalapak.

Bukalapak sebelum ini memberitah­u Reuters bahawa ia dijangka mula meraih untung dalam masa tiga tahun, kerana ia menambahka­n segmen produk dan memperluas­kan liputan di bandar-bandar kecil. REUTERS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia