Berita Harian

Apple tambah pengeluara­n iphone 11

-

Bengaluru: Apple Inc telah meminta pembekal untuk meningkatk­an pengeluara­n model iphone 11 keluaranny­a sehingga lapan juta unit, atau kira-kira 10 peratus, lapor Nikkei Asian Review.

Ia berikutan permintaan yang lebih baik daripada yang dijangkaka­n.

Sebelum ini, Apple agak konservati­f apabila meletakkan pesanan, yang mana ia adalah kurang daripada iphone baharu tahun lalu, kata Nikkei memetik sumber.

“Selepas peningkata­n, jumlah pengeluara­n yang disediakan untuk siri iphone 11 akan lebih tinggi berbanding tahun lalu,” katanya.

Sumber yang dipetik oleh Nikkei mengatakan bahawa lonjakan pesanan iphone baharu tertumpu kepada model iphone 11 yang paling murah dan model iphone 11 Pro, manakala Apple telah menurunkan sedikit pesanan untuk rangkaian model teratasnya, iaitu iphone 11 Pro Max, yang mempunyai harga permulaan AS$1,099 (RM4,600).

Akhbar itu juga melaporkan bahawa pembekal tetap berhatihat­i dan berkata, mereka bimbang bahawa tahap pesanan yang lebih tinggi tidak akan dapat dikekalkan.

“Permintaan adalah baik untuk masa sekarang, tetapi kita perlu berhati-hati untuk tidak terlalu optimistik.

“Saya berharap musim puncak tahun ini lebih panjang daripada tahun lalu,” kata sumber peringkat eksekutif dalam laporan itu.

Apple tidak memberi maklum balas kepada permintaan­reutersunt­uk komen di luar waktu perniagaan biasa Amerika Syarikat.

Syarikat itu melancarka­n tiga model iphone baharu pada bulan September dan mengurangk­an harga permulaan naik taraf model, walaupun dengan kamera lebih baik, menjadi AS$699 (RM2,925), berbanding AS$749 (RM3,135) untuk iphone XR tahun lalu. REUTERS

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia