Berita Harian

3 lelaki edar dadah 20.89kg dihukum gantung sampai mati

-

Ipoh: Tiga lelaki, termasuk dua warga Iran dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Ipoh semalam selepas didapati bersalah mengedar dadah seberat 20.89 kilogram (kg) di sebuah pusat ternakan ikan di Behrang Stesen, dekat Tanjung Malim, tiga tahun lalu.

Pekerja trak tunda, M Dinesh, 23; warga Iran yang juga jurulatih sukan, Shervin Khoshhal Sarvandani, 27, dan pengusaha butik, Mohammad Mahdi Tyhim Nazlo, 29, dijatuhi hukuman itu selepas gagal menimbulka­n keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Ketiga-tiga tertuduh didakwa secara bersama mengedar dadah berbahaya iaitu 20.89kg Methamphet­amine atau syabu, di Pusat Ternakan Ikan, Jalan Behrang Ulu, Kampung Chenein, Behrang Stesen, kira-kira jam 4.30 pagi pada 15 Jun 2016.

Mereka melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 39B (2) akta sama serta dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Hakim Datuk Che Ruzima Ghazali, dalam penghakima­nnya, berkata ketiga-tiga tertuduh gagal menimbulka­n sebarang keraguan munasabah dan pembelaan yang dibuat hanyalah penafian semata-mata.

Beliau membuat keputusan tiada sebab untuk mengenakan hukuman penjara seumur hidup dan menjatuhka­n hukuman gantung sampai mati terhadap ketiga-tiga tertuduh.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Ainul Wardah Shahidan, manakala Dinesh diwakili peguam G Jaya Prem sementara dua warga Iran itu diwakili Chew Jee San.

Ketiga-tiga tertuduh gagal menimbulka­n sebarang keraguan munasabah dan pembelaan yang dibuat hanyalah penafian semata-mata. Che Ruzima Ghazali, Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia