Berita Harian

7 sindiket judi kaut lebih RM24 juta sebulan tumpas

Serbuan polis di kondominiu­m mewah tahan 247 warga China

- Bhnews@bh.com.my

Oleh Safeek Affendy Razali Kuala Lumpur: Seramai 232 lelaki dan 15 wanita warga China membabitka­n tujuh sindiket perjudian dalam talian ditahan dalam tujuh serbuan berasingan di sekitar ibu negara, sejak 25 September lalu.

Sindiket berkenaan yang beroperasi dari unit kondominiu­m mewah di sekitar Jalan Kerinchi, Jalan Cheras, Jalan Desa Bahagia, Bangsar South, Jalan Ceylon dan Jalan Mayang Sari, di sini, mampu mengaut keuntungan lebih RM24.75 juta sebulan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim, berkata modus operandi sindiket judi dalam talian ini adalah beroperasi dari Malaysia dan menyasarka­n ‘kaki judi’ dan pelanggan yang berada di China.

“Pemain dan pelanggan di China akan ditawarkan untuk bermain judi dalam laman web yang direka oleh sindiket menerusi aplikasi Wechat.

“Selepas berminat dengan permainan judi yang ditawarkan, pelanggan akan diminta oleh pusat operasi sindiket atau calling centre di Malaysia untuk memasukkan jumlah wang dalam akaun tertentu sebelum diberikan kata kunci,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Beliau berkata, melalui kata kunci diberikan, pemain atau pelanggan boleh membuka laman web perjudian mengandung­i ratusan jenis permainan judi dalam talian, seterusnya membolehka­n mereka membuat pertaruhan.

“Tindakan sindiket dari China menjalanka­n kegiatan mereka di Kuala Lumpur adalah bagi mengelakka­n pihak berkuasa di China menjejaki kegiatan mereka.

“Namun, berdasarka­n maklumat orang ramai dan perisikan pihak polis, kami dapat mengesan kedudukan mereka meskipun beroperasi dari dalam kondominiu­m mewah yang dilengkapi sistem kawalan keselamata­n yang ketat,” katanya.

Operasi oleh Bahagian Siasatan Jenayah Judi, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfield­s, Dang Wangi dan Cheras itu turut menahan seorang lelaki dan seorang wanita warga tempatan yang bertindak sebagai penjaga kepada sindiket berkenaan.

Mazlan berkata, bagi mengelak kegiatan mereka dicurigai oleh pihak pengurusan dan penduduk berhampira­n, pengendali judi dalam talian warga China itu akan berada dalam sesebuah unit kediaman mewah itu tanpa keluar dalam tempoh satu hingga tiga bulan manakala ada pihak yang akan membekalka­n barangan keperluan mereka.

“Mereka (warga China) yang mahir dalam pengendali­an komputer dan IT akan dibayar RM3,000 sebulan dan masuk ke negara ini menggunaka­n pas lawatan sosial,” katanya.

Semua ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Akta Imigresen.

 ?? (Foto Zulfadhli Zulkifli/bh) ?? Mazlan menunjukka­n barang rampasan perjudian dalam talian selepas tujuh serbuan berasingan di sekitar ibu negara pada sidang media di Kuala Lumpur, semalam.
(Foto Zulfadhli Zulkifli/bh) Mazlan menunjukka­n barang rampasan perjudian dalam talian selepas tujuh serbuan berasingan di sekitar ibu negara pada sidang media di Kuala Lumpur, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia