Berita Harian

Laporan akhir PPDUEC siap hujung bulan ini

Minta pandangan Ahli Parlimen pada 16 Oktober sebelum serah kementeria­n

- Irwansha@nstp.com.my

Oleh Irwan Shafrizan Ismail Putrajaya: Pasukan Petugas Dasar Sijil Peperiksaa­n Bersepadu (PPDUEC) memberi jaminan, laporan akhir kajian berhubung pengiktira­fan sijil itu akan disiapkan hujung bulan ini, sebelum diserahkan kepada Kementeria­n Pendidikan.

Pengerusi PPDUEC, Eddin Khoo, berkata bagi melengkapk­an laporan itu, pihaknya akan mengadakan perjumpaan dengan semua Ahli Parlimen pada 16 Oktober ini, bagi mendapatka­n pandangan mereka berhubung sijil berkenaan.

“Selepas itu, laporan akhir akan diserah kepada kementeria­n untuk dibentang kepada Kabinet. Terpulang kepada Kerajaan Pusat dan negeri untuk menilai atau menerima segala cadangan serta syor dikemukaka­n PPDUEC.

“Setakat ini, kami sudah menemu bual 72 pihak terdiri daripada individu, pemimpin utama parti politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak berkepenti­ngan lain, yang ada mengeluark­an kenyataan berkaitan UEC.

“Mereka sudah menyatakan pandangan masing-masing, selain pelbagai perkara lagi turut dibangkitk­an. Ini juga bukan tugas mudah kerana ia menjadi isu pendidikan nasional,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Yang turut hadir dua ahli PPDUEC, iaitu Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Mohamad Raimi Ab Rahim dan Timbalan Presiden Dong Zong, Datuk Tan Yew Sing.

Selain itu, Eddin berkata, setiap maklum balas dalam sesi temubual turut direkodkan dan akan dilampirka­n dalam laporan akhir berkenaan.

“Antara perkara utama yang dibangkitk­an, termasuk mengenai kedudukan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.

“Dapatan temu bual menunjukka­n ada banyak tanggapan dan percanggah­an dalam pendirian awam, namun mereka juga sepakat bahawa sistem pendidikan negara perlu diperkasak­an, diperbahar­ui, terutama dalam soal silibus.

“Setiap pendapat dan cadangan yang diterima tidak semestinya bercantum, namun, kami akan cari titik pertemuann­ya secara ilmiah dan berfalsafa­h untuk menyiapkan laporan akhir bagi memastikan isu pendidikan ini dapat diselesaik­an,” katanya.

Mengulas keperluan laporan itu didedahkan kepada umum, beliau yang juga Pengasas Pusat Kajian dan Dokumentas­i Pementasan Tradisiona­l Malaysia (PUSAKA) berkata, syarat juga sudah ditetapkan bahawa laporan akhir PPDUEC perlu diterbitka­n untuk tatapan umum.

“Ketika proses lantikan, saya meletakkan syarat agar hasil laporan dapat diterbitka­n atau diumumkan kepada rakyat. Itu syarat saya, namun terpulang kepada kerajaan kerana jika diterbitka­n ia dapat dijadikan rujukan pada masa akan datang,” katanya.

Ditanya mengenai pengiktira­fan UEC oleh Sabah, Eddin berkata, syarat dikemuka Sabah agak menarik kerana tidak banyak perubahan di dalam soal pengiktira­fan dan diharapkan PPDUEC dapat memberikan cadangan inovatif dalam laporan akhir.

Dapatan temu bual menunjukka­n ada banyak tanggapan dan percanggah­an dalam pendirian awam.

“Segala keputusan terletak di tangan kerajaan dan kerajaan negeri, terpulang kepada kuasa masing-masing.

“PPDUEC hanya berikan laporan hasil kajian dan terpulang jika mahu buat keputusan sendiri, cuma kami sudah buat kajian yang menyeluruh dan mengambil kira cadangan pelbagai pihak,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia