Berita Harian

‘Kementeria­n harap tiada penangguha­n’

-

Putrajaya: Kementeria­n Pendidikan berharap, tiada lagi penangguha­n masa oleh Pasukan Petugas Dasar Sijil Peperiksaa­n Bersepadu (PPDUEC) dalam melengkapk­an laporan akhir kajian pengiktira­fan sijil itu.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, berkata walaupun tempoh enam bulan diberikan kepada PPDUEC, pihaknya memahami permintaan PPDUEC bagi penambahan tempoh masa.

“Sebelum ini, saya berikan mereka tempoh enam bulan, ternyata proses libat urus itu memerlukan lebih banyak lagi masa bagi membolehka­n pasukan khas berkenaan dapat bertemu lebih ramai pihak berkepenti­ngan, termasuk Ahli Parlimen sebelum laporan dilengkapk­an.

“Ada logiknya di situ (penambahan tempoh), pada pihak kementeria­n, kita masih tunggu pembentang­an laporan pihak itu yang dijangka hujung bulan ini,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran Save Leukemia Kids Missions Dana Kanak-kanak Tan Chee Kiat dan Tabung Leukemia Malaysia di sini, semalam.

Terdahulu Kementeria­n Pendidikan dalam kenyataann­ya, memaklumka­n, pihaknya berharap laporan berkenaan dapat disegeraka­n bagi membolehka­n ia dibawa kepada Kabinet dalam masa terdekat dan tiada lagi penangguha­n selepas ini.

Menurut kenyataan itu, kementeria­n mengambil maklum laporan itu dijangka siap menjelang akhir bulan ini.

Katanya, PPDUEC masih ada baki 20 peratus kerja pelaporan perlu disiap sebelum melengkapk­an laporan dan syor kepada Kementeria­n Pendidikan.

Tambah kenyataan itu, oleh yang demikian, diharapkan tiada lagi penangguha­n selepas ini. Kabinet pada Oktober tahun lalu memberi arahan penubuhan PPDUEC dengan mandat menyiapkan laporannya dalam tempoh enam bulan.

Kenyataan itu merujuk kepada wawancara Pengerusi PPDUEC, Eddin Khoo bersama sebuah portal pada Rabu lalu yang memohon untuk menunda tarikh menyerahka­n laporan akhir kajian terbabit yang sepatutnya diserahkan pada Isnin lalu.

 ?? (Foto Ahmad Irham Mohd Noor/bh) ?? Maszlee pada majlis pelancaran Save Leukemia Kids Missions Dana Kanak-kanak Tan Chee Kiat dan Tabung Leukemia Malaysia di Putrajaya, semalam.
(Foto Ahmad Irham Mohd Noor/bh) Maszlee pada majlis pelancaran Save Leukemia Kids Missions Dana Kanak-kanak Tan Chee Kiat dan Tabung Leukemia Malaysia di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia