Berita Harian

Bapa rayu RM20,000 bawa pulang anak koma di Mesir

Pemandu bas perlu bantuan langsai bil hospital, tiket penerbanga­n

- Mfaizul@bh.com.my

Oleh Haika Khazi Kuala Lumpur: Seorang pemandu bas, Azyanshah Ariffin, 53, memerlukan RM20,000 bagi menampung kos membawa pulang anak perempuann­ya, Rosimatan Ni'mah, 17, yang kini berada dalam keadaan koma di unit rawatan rapi (ICU) sebuah hospital di Mesir, sejak beberapa hari lalu.

Azyanshah, berkata beliau buntu untuk mendapatka­n wang berkenaan bagi membayar bil hospital dan membeli tiket penerbanga­n untuk membawa pulang anak dan isterinya kerana pendapatan­nya sebagai pemandu bas tidak seberapa.

Katanya, isterinya, Rosmawati Khalidin, 43, sudah berada di Mesir untuk menemani dan memantau keadaan anaknya di sebuah hospital di Iskandaria­h.

“Oleh itu, saya merayu kepada orang ramai supaya dapat menghulurk­an sumbangan dan derma seikhlas hati supaya saya dapat membawa pulang anak saya untuk

Saya sudah berhubung dengan wakil Kedutaan Malaysia di Mesir untuk urusan membawa pulang anak perempuan dan isteri apabila mendapat pembiayaan mencukupi.

menerima rawatan di hospital di Malaysia secepat mungkin,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Azyanshah berkata, beliau masih bingung dengan penyakit misteri yang dialami anak perempuann­ya kerana ketika mula dimasukkan ke hospital dua minggu lalu, doktor yang merawatnya mengesahka­n anaknya sihat dan dibenarkan pulang ke asrama.

Bagaimanap­un, katanya, enam hari lalu anaknya sekali lagi dimasukkan ke hospital sebelum koma seperti sekarang.

“Saya sudah berhubung dengan wakil Kedutaan Malaysia di Mesir untuk urusan membawa pulang anak perempuan dan isteri apabila mendapat pembiayaan mencukupi,” katanya.

Mereka yang ingin menghulurk­an bantuan boleh menghubung­i Azyanshah di talian 010-7993486.

Sementara itu, Wisma Putra mengesahka­n sudah menerima laporan mengenai kes berkenaan dan akan memantau perkembang­annya.

Difahamkan Atase Pendidikan Malaysia dan wakil Majlis Amanah Rakyat (MARA) juga sudah melawat pelajar terbabit di hospital berkenaan pada 1 Oktober lalu.

 ??  ?? Rosimatan Ni'mah menerima rawatan di unit rawatan rapi sebuah hospital di Iskandaria­h, Mesir.
Rosimatan Ni'mah menerima rawatan di unit rawatan rapi sebuah hospital di Iskandaria­h, Mesir.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia