Berita Harian

KPDNHEP tumpas kegiatan seleweng diesel

-

Bukit Mertajam: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) daerah ini menumpaska­n kegiatan penyelewen­gan diesel dalam serbuan di sebuah premis tidak bernombor dekat Jalan Juru, di sini, semalam.

Berdasarka­n hasil risikan dan intipan selama dua minggu, sepasukan penguat kuasa melakukan pemeriksaa­n di premis berkenaan, kira-kira jam 5 pagi apabila mendapati beberapa individu sedang mengeluark­an diesel dari sebuah lori tangki untuk dipindahka­n ke lori tangki lain.

Ketua Pegawai Penguatkua­sa KPDNHEP Daerah Seberang Perai Tengah, Ahmad Ahrazzuddi­n Ahmad Hamdan, berkata berdasarka­n dokumen yang diperoleh di tempat kejadian, lori berkenaan sepatutnya menghantar diesel ke tempat lain tetapi ia tidak sampai ke destinasi yang sepatutnya.

“Siasatan mendapati modus operandiny­a adalah diesel akan diisi di depo minyak dan dihantar ke tempat sepatutnya seperti maklumat yang terdapat dalam dokumen penghantar­an atau pesanan.

“Bagaimanap­un, lori tangki berkenaan menukar destinasi selepas menerima arahan daripada syarikat yang membuat pembelian,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Berikutan itu, katanya, pihak KPDNHEP daerah menyita sebuah lori tangki, dua unit pam, sebuah tangki fiber dan 21,840 liter diesel yang hendak diseleweng untuk siasatan lanjut.

“Semua nilai rampasan keseluruha­n dianggarka­n berjumlah hampir RM113,000 dan kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya.

Ahmad Ahrazzuddi­n berkata, KPDNHEP memandang serius terhadap aktiviti penyelewen­gan minyak diesel dan akan mempergiat­kan usaha bagi membantera­s kegiatan yang membabitka­n barangan kawalan yang disubsidik­an kerajaan.

“Orang awam diminta terus menyalurka­n maklumat sekiranya mengetahui kegiatan seumpama ini untuk tindakan selanjutny­a,” katanya.

 ??  ?? Ahmad Ahrazzuddi­n memeriksa tangki fiber berisi minyak diesel yang dipindahka­n dari lori tangki ketika serbuan di Jalan Juru, di Bukit Mertajam, semalam.
Ahmad Ahrazzuddi­n memeriksa tangki fiber berisi minyak diesel yang dipindahka­n dari lori tangki ketika serbuan di Jalan Juru, di Bukit Mertajam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia