Berita Harian

Lelaki menyamar ‘ASP Wan Faizul’ ditahan

Suspek perdaya mangsa dengan tawar peluang perniagaan, larikan barang peribadi

- Bhnews@bh.com.my

Oleh Fitri Nizam Kuala Lumpur: Selepas dua bulan diburu, seorang lelaki yang menyamar sebagai ‘Asisten Superinten­dan (ASP) Wan Faizul’ untuk memperdaya­kan mangsa, akhirnya ditahan di Ayer Keroh, Melaka.

Suspek berusia 36 tahun pada mulanya dikesan berada di Rasah, Negeri Sembilan, tetapi diberkas di Melaka selepas kenderaan dipandunya terbabas ketika cuba melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Brickfield­s, Asisten Komisioner Zairulniza­m Mohd Zainuddin@hilmi, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kegiatan jenayah suspek pada 30 Ogos lalu apabila mendatangi seorang peniaga nasi lemak dengan menawarkan peluang perniagaan.

Katanya, modus operandi suspek adalah memperkena­lkan diri sebagai pegawai polis yang juga bertugas dengan Muzium Diraja sebelum menawarkan peluang perniagaan dengan pihak istana.

“Mangsa bersetuju dengan tawaran itu, kemudian bersama suaminya mengikut suspek dengan menaiki kereta ke Muzium Diraja.

“Sebaik tiba di pintu masuk muzium terbabit, suspek mengarahka­n mangsa dan suaminya meninggalk­an barangan peribadi, termasuk wang tunai di dalam kereta dengan alasan ia prosedur untuk memasuki premis terbabit.

“Suspek kemudian mengarahka­n pasangan itu tunggu di pintu masuk sementara dia pergi meletakkan kenderaan terlebih dulu, namun suspek terus meninggalk­an mangsa dan melarikan barangan peribadi mereka,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarka­n, semalam.

Zairulniza­m berkata, suspek sekali lagi menggunaka­n modus operandi sama terhadap seorang wanita warga Indonesia dengan meminta mangsa melakukan kerja pembersiha­n di muzium berkenaan.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota dari Bahagian Jenayah Berat (D9) mengesan kedudukan suspek yang ketika itu berada di Rasah, dan menahannya di Ayer Keroh, Melaka selepas kenderaan dipandunya terbabas.

“Polis merampas empat telefon pintar, dompet, dua kad pengenalan dan lesen memandu mangsa dan sebuah kereta PERODUA Myvi,” katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan.

Kejayaan ini sekali gus menyelesai­kan lapan kes seumpama ini yang berlaku di sekitar daerah Brickfield­s dan Sentul.

Modus operandi suspek adalah memperkena­lkan diri sebagai pegawai polis yang juga bertugas dengan Muzium Diraja sebelum menawarkan peluang perniagaan dengan pihak istana.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia