Berita Harian

Masjid Bandar Springhill kutip dana bangun tanah kubur

-

Port Dickson: Masalah tanah kubur yang berlarutan sejak 10 tahun lalu mendorong Ahli Jawatankua­sa Masjid Bandar Springhill dan Pertubuhan Khairat Kematian melancarka­n Tabung Dana Wakaf Pembukaan Tanah Kubur Penduduk Islam Bandar Springhill.

Pengerusi Masjid Bandar Springhill, Mohd Fadzli Mohd Yunus, berkata tabung terbabit dilancarka­n pada program Semarak Keusahawan­an dan Malam Kesenian Islam yang diadakan di masjid itu malam kelmarin.

“Selepas beberapa perbincang­an antara wakil penduduk dan pihak pemaju, kami sepakat mengumpul dana membangunk­an tanah kubur.

“Kariah diberikan empat hektar tanah oleh pemaju perumahan tetapi kawasan sekitar masih belum dibangunka­n menyebabka­n jalan ke kawasan itu perlu dibuat terlebih dahulu.

“Yang penting, kita perlu buat jalan dulu. Kita harap ia dapat dimulakan pada Januari tahun depan,” katanya di sini.

Mohd Fadzli berkata, perbincang­an antara pengurusan masjid dan Pertubuhan Khairat Kematian turut diadakan sebelum sepakat mengadakan program itu.

Katanya, program terbabit menarik kehadiran 1,000 pengunjung.

“Selain itu, seramai 120 pelajar Politeknik Port Dickson, Politeknik Nilai, Politeknik Sabak Bernam dan Kolej Komuniti Tanjong Karang, Selangor turut menyertai program ini.

“Mereka mengikuti pelbagai aktiviti diadakan termasuk bergotong-royong membersihk­an tiga surau dan masjid,” katanya.

Mohd Fadzli berkata, orang ramai yang mahu menyumbang dan mendapatka­n maklumat lanjut boleh menghubung­inya di talian 017-6707172 atau berjumpa dengan ahli jawatankua­sa Masjid Bandar Springhill.

Kariah diberikan empat hektar tanah oleh pemaju perumahan tetapi kawasan sekitar masih belum dibangunka­n menyebabka­n jalan ke kawasan itu perlu dibuat terlebih dahulu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia