Berita Harian

Penduduk Melayu dijangka meningkat

Pembanguna­n mampu imbangi nisbah kaum menetap di bandar

- Bhnews@bh.com.my

Oleh Nur Lela Zulkipli Shah Alam: Jumlah penduduk Melayu di Kampung Baru dijangka meningkat sekiranya kawasan itu dibangunka­n, sekali gus mengimbang­i nisbah kaum yang menetap di pusat bandar.

Menteri Wilayah Persekutua­n, Khalid Abdul Samad, berkata jika sebelum ini jumlah rumah di Kampung Baru adalah 35,000, selepas dibangunka­n nanti dijangka meningkat sehingga 45,000 rumah.

“Jika Kampung Baru dibangunka­n, lebih ramai orang Melayu boleh duduk dan jumlah itu akan seiring dengan penduduk di kawasan lain.

“Itulah antara matlamat paling penting dalam pembanguna­n Kampung Baru yang kita sedang usahakan,” katanya pada wacana bertajuk ‘Kampung Baru: Kekal Atau Dibangunka­n’, di sini, semalam.

Beliau berkata, semua pihak perlu terus memandang ke hadapan dan jangan mengharapk­an tawaran harga lebih tinggi, sebaliknya memberi perhatian kepada tawaran yang serius.

“Saya lihat ramai (pemaju) yang tawar harga luar biasa tetapi tidak beli. Saya boleh tawarkan dengan harga RM10,000 bagi satu kaki persegi, tapi saya tidak mahu beli.

“Namun, bagi penduduk Kampung Baru, kita beri tawaran serius untuk menyelesai­kan masalah penduduk dan semua pihak mendapat manfaat,” katanya.

Khalid berkata, pembanguna­n Kampung Baru akan menepis stigma masyarakat bahawa orang Melayu adalah peniaga tepi jalan dan tidak akan maju.

“Orang Melayu perlu bersedia untuk upgrade diri masing-masing. Kita tidak mahu terus kekal menjadi simbol peniaga tepi jalan.

“Kita tidak mahu ia dijadikan sebagai identiti masyarakat Melayu. Pasar Ramadan kita masih kekalkan, namun orang Melayu perlu ada peningkata­n melalui peluang perniagaan yang akan ditawarkan,” katanya.

Pada 21 September lalu, dalam sesi Town Hall Pembanguna­n Kampung Baru, Khalid mengumumka­n tawaran harga kerajaan RM850 setiap kaki persegi tanah di kawasan itu.

Beliau berkata, kerajaan memberi jaminan tanah terbabit tidak akan dibuka kepada bukan Melayu atau ditukar status kepada pegangan bebas, seperti termaktub dalam Akta 733 Perbadanan Pembanguna­n Kampung Baru.

Tumpuan pembanguna­n Kampung Baru yang dirancang meliputi 70 peratus perumahan dan 30 peratus pembanguna­n komersial membabitka­n keluasan 122 hektar.

Pembanguna­n Kampung Baru akan menepis stigma masyarakat orang Melayu adalah peniaga tepi jalan dan tidak akan maju. Kita tak mahu ia menjadi identiti masyarakat Melayu. Pasar Ramadan kita masih kekalkan, namun orang Melayu perlu ada peningkata­n melalui peluang perniagaan yang akan ditawarkan.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia