Berita Harian

MPSJ wujud unit rondaan berbasikal

-

Subang Jaya: Majlis Perbandara­n Subang Jaya (MPSJ) menubuhkan unit rondaan berbasikal khas bagi mewujudkan perkhidmat­an perbandara­n yang lebih hijau selaras inisiatif menjadi sebuah bandar rendah karbon.

Yang Dipertuany­a, Noraini Roslan, berkata seramai 12 anggota Jabatan Penguatkua­saan MPSJ dipilih untuk melaksanak­an rondaan di tiga lokasi iaitu sekitar ibu pejabat, USJ 10 dan Bandar Puteri.

Katanya, dua anggota ditugaskan di sekitar ibu pejabat MPSJ serta masing-masing lima anggota di sekitar kawasan USJ 10 dan Bandar Puteri.

“MPSJ memperuntu­kkan sebanyak RM35,820 bagi pembelian 12 basikal sebagai alternatif kepada pemantauan penguatkua­saan, selain bermotosik­al dan berjalan.

“Kami ingin meningkatk­an produktivi­ti anggota penguat kuasa MPSJ menerusi amalan gaya hidup sihat, selain menyahut saranan kerajaan menjadi Bandar Hijau menjelang 2030,” katanya pada sidang media selepas melancarka­n penubuhan unit rondaan berbasikal MPSJ di sini, semalam.

Yang turut hadir, Timbalan Pengarah Jabatan Penguatkua­saan MPSJ, Ahmad Hassan dan Timbalan Pengarah Korporat dan Pengurusan Strategik MPSJ, Azfarizal Abdul Rashid.

Ahmad berkata, pelaksanaa­n unit itu diharap dapat memudahkan orang awam berurusan dengan MPSJ jika ada sebarang permasalah­an.

Pada masa sama, katanya, MPSJ ingin mengurangk­an kadar penggunaan motosikal dan mewujudkan perkhidmat­an perbandara­n bebas karbon serta mesra rakyat.

“Penggunaan basikal untuk rondaan adalah lebih mesra alam dan lebih jimat berbanding motosikal,” katanya.

 ?? (Foto Syarafiq Abd Samad/bh) ?? Noraini melancarka­n unit rondaan berbasikal MPSJ di Subang Jaya, semalam.
(Foto Syarafiq Abd Samad/bh) Noraini melancarka­n unit rondaan berbasikal MPSJ di Subang Jaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia