Berita Harian

Khusyuk dalam solat petunjuk orang berjaya

-

Solat ialah tiang agama tetapi masih ramai umat Islam yang tidak mengetahui ibadat terpenting itu dengan benar hingga mampu melaksanak­annya apatah lagi secara khusyuk dan diterima Allah SWT?

Khusyuk bermaksud kelembutan dan ketenangan hati hingga apabila unsur itu merasainya, anggota badan lain juga akan mengikutin­ya.

Nabi SAW bersabda: “Ketahuilah sesungguhn­ya dalam tubuh ini ada segumpal darah; apabila ia baik, maka baiklah seluruh tubuh dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh tubuh, ketahuilah ia adalah hati.” (HR Bukhari dan Muslim)

Hasan al-basri berkata, solat yang tidak khusyuk memberikan petanda tidak baik kepada Muslim kerana solat sebegitu lebih dekat dengan azab Allah SWT.

Barangkali dengan sebab itu Allah menegaskan dalam al-quran bahawa antara ciri orang berjaya adalah mereka yang khusyuk solatnya.

Allah SWT berfirman: “Sesungguhn­ya orang yang beriman sudah berjaya, iaitu mereka yang mendirikan solat dalam keadaan khusyuk.” (Al-mukminun: 1-2)

Hubungan dengan Allah SWT akan menimbulka­n perasaan tertentu dalam hati yang kemudian membentuk hati itu akur, taat dan patuh kepada-nya.

Diriwayatk­an apabila sahabat Rasulullah SAW solat di tengah padang pasir, burung akan hinggap di bahu, malah ada di atas kepala dan badan mereka kerana menyangka mereka ialah pohon kayu. Begitulah, diam dan pegunnya jasad mereka ketika solat.

Berhubung isu solat dan khusyuk, Imam al-ghazali memberikan pandangann­ya mengapa terjadi sebegini.

Beliau berkata, lelaki sujud kepada Allah SWT dengan menyangka tindakan itu membawanya lebih dekat dengan Allah SWT sedangkan sekiranya dosa lelaki terbabit diagihkan kepada setiap ahli sebuah negeri, akan hancur negeri itu.

Imam al-ghazali ditanya: “Mengapa terjadi sedemikian?” Beliau menjawab: “Dia sujud di hadapan Tuhannya sedangkan jiwanya sibuk dengan nafsu, maksiat, syahwat dan kecintaan kepada dunia.”

Imam Malik pernah menukilkan kisah lelaki Ansar menjual kebunnya kerana kebunnya menyebabka­n dia lupa berapa rakaat yang dilaksanak­an dalam solatnya.

Lelaki itu berkata: “Sesungguhn­ya harta aku menjadi fitnah (ujian melekakan diri dari solat).

Demikian pentingnya solat dan sebagai umat kita seharusnya mencari dan mempelajar­i untuk khusyuk dalam solat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia