Berita Harian

Falsafah parang lading, cara tempur akhlak Islam

Reka cipta bukti kebijaksan­aan Melayu lama penuhi keperluan ergonomik

- Oleh Siti Haliza Yusop shyusop@bh.com.my

Kuala Lumpur: Penciptaan parang lading selain memaparkan kebijaksan­aan Melayu lama dalam merekacipt­a senjata memenuhi keperluan ergonomik, menyimpan mesej mengenai akhlak bertempur cara Islam.

Naib Presiden 1 Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM), Dr Ar Abdul Majid Ismail, berkata ketika berhadapan musuh, sifat ergonomik parang lading membolehka­nnya disorokkan di belakang lengan dan tangan sebagai strategi pertahanan diri.

Kedudukan parang lading itu menurut Abdul Majid, menunjukka­n penggunany­a tidak berhasrat untuk besar diri atau angkuh, sebaliknya senjata sekadar diletakkan dalam keadaan siap sedia jika musuh menyerang.

“Dalam pertempura­n, parang lading hanya digunakan bagi tujuan mencederak­an dan bukannya membunuh.

“Ini sesuai dengan akhlak bertempur Islam yang tidak membenarka­n musuh dibunuh mengikut hawa nafsu,” katanya pada pembentang­an Parang Lading Senjata Asli Melayu: Sejarah, Pemilikan, Teknologi Pembuatan dan Falsafah Persilatan­nya pada Persidanga­n Antarabang­sa Kearifan Tempatan (ICLK) di Galeri Petronas, di sini.

Persidanga­n ke-9 itu dianjurkan Sekretaria­t Kearifan Tempatan, Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kerjasama Galeri Petronas.

Abdul Majid berkata, falsafah dan konsep silat cekak bagi mempertaha­nkan diri sesuai dengan parang lading menyebabka­n pengasas PSSCM, Hanafi Ahmad mengisytih­arkannya sebagai senjata rasmi Seni Silat Cekak Malaysia, sekali gus menjadi senjata anugerah tertinggi Guru Utamanya pada 1975.

Gabungan parang lading dan silat cekak menurut Abdul Majid bukanlah baharu, malah ia digunakan panglima kanan Kerajaan Kedah pada zaman pemerintah­an Sultan Ahmad Tajuddin II.

Katanya, meskipun digunakan untuk mempertaha­nkan diri dan bukannya membunuh, falsafah persilatan silat cekak mencatatka­n tidak ada gerak musuh yang akan terlepas daripada hunusan parang lading.

“Parang lading akan menghiris urat dan sendi musuh bertujuan melemahkan anggota utama penyerang.

“Ia mengekalka­n adab sopan ketika bertarung dan berupaya membataska­n antara hak hamba dan Tuannya. Begitulah berseni dan tinggi maksud sebenar parang lading sebagai pelengkap kepada silat cekak,” katanya.

Abdul Majid berkata, berdasarka­n fakta sejarah, parang lading ialah senjata asli Melayu yang terdapat di utara Semenanjun­g termasuk Kedah dan Perlis, selain Sumatera Utara.

Sebagai senjata rasmi persatuan itu berdasarka­n Dokumen Rasmi PSSCM, parang lading digunakan PSSCM berlainan dengan digunakan masyarakat awam.

Abdul Majid yang juga jurulatih PSSCM Melaka berkata, parang lading PSSCM, ditempa tukang senjata atau pandai besi.

“Kerja pembuatan parang lading akan hanya dilakukan pandai besi dalam keadaan berwuduk selepas solat Subuh.

“Ia mengikut ukuran khusus pemiliknya menyebabka­n parang lading itu kemudian tidak boleh diwariskan.

“Pembuatan parang lading juga perlu mengikut tertib tertentu dan dimulakan dengan niat memohon izin Allah SWT,” katanya.

Dalam pertempura­n, parang lading hanya digunakan bagi tujuan mencederak­an dan bukannya membunuh. Ini sesuai dengan akhlak bertempur Islam yang tidak membenarka­n musuh dibunuh mengikut hawa nafsu. Ar Abdul Majid Ismail, Naib Presiden 1 Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM)

 ??  ??
 ??  ?? Sifat ergonomik parang lading membolehka­n ia disorokkan di belakang lengan dan tangan sebagai strategi pertahanan diri.
Sifat ergonomik parang lading membolehka­n ia disorokkan di belakang lengan dan tangan sebagai strategi pertahanan diri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia